Tuesday, March 20, 2012
Propaganza Yang Hangat Dan Menyengat
KUALA LUMPUR, 14 MAC 2012: Bagi menyemarakan lagi industri hiburan tanah air, stesen TV Astro menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) bakal menayangkan program hiburan berbentuk majalah yang dikenali sebagai Propaganza bermula 18 Mac ini.
Produksi terbitan bersama Astro Ria dan KRU TV itu bakal ditayangkan selama sejam iaitu pada setiap Ahad, bermula jam 12 tengah hari dengan menampilkan dua selebriti popular Reza Mohamed dan Marsha Milan Londoh sebagai pengacara.
Bukan sekadar rancangan hiburan biasa, Propaganza berteraskan moto 'hangat, mengengat' menampilkan lima segmen utama yang terdiri daripada Buzz, Malatop, Wayang Kita, Menyengat dan Mulut Murai.
Penerbit Eksekutif Propaganza, Russell Rodrigues berkata, isu yang diutarakan di dalam Propaganza merangkumi berita dan gosip tentang apa yang berlaku di dalam industri hiburan pada setiap hari dan minggu.
"Terdapat beberapa segmen sampingan yang ada di dalam program ini antaranya Ekslusif yang menampilkan majlis perkahwinan selebriti dan pengumuman istimewa, manakala Klik Kantoi merupakan rakaman video khas daripada peminat berkenaan artis kesayangan mereka," katanya.
Russell berkata, portal murai.com.my turut diberi peluang keemasan untuk berganding tenaga bagi merealisasikan dua segmen istimewa iaitu Mulut Murai dan Stailista.
Segmen Mulut Murai menampilkan Editor Hiburan murai.com.my, Ajieb yang akan menyelongkar serta mendapatkan laporan khas berkenaan dunia selebriti tanah air dari sudut sensasi, tersendiri lagi terkini.
Berbeza pula dengan segmen Stailista di mana Editor Fesyen murai.com.my, Ayie Ali akan mengkritik fesyen selebriti popular di acara hiburan dan anugerah. Jadi sama ada apa yang disarungkan mereka itu Stailista atau Opss...? Sama-sama kita saksikan.
Propaganza diterajui dua Penerbit Eksekutif, Basirun mewakili Astro dan Russell Rodrigues dari KRU TV. Ianya bakal ditayangkan bermula 18 Mac ini (Ahad), jam 12 tengah hari.
Friday, November 25, 2011
Gemilang Karpet Merah FFM24
Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2011: Fazura, Lisa Surihani, Scha Al-Yahya, Juliana Evans, Liyana Jasmay dan Neelofa adalah antara selebriti wanita popular yang tampil menyerlah di laluan karpet merah malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM 24), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini sebentar tadi.
Sesuai dengan tema acara yang penuh glamor dan cukup berprestij dalam memberi pengiktirafan kepada karyawan filem tanah air, masing-masing tidak mahu kalah gaya dengan persalinan gaun malam serba indah rekaan pereka fesyen tempatan.
Malah kemunculan mereka dilengkapkan lagi dengan gandingan jejaka kacak popular antaranya Syamsul Yusof yang menang besar besar menerusi filem arahannya KL Gangster, pelakon muda Kamal Adli dan Zulhuzaimy.
Karpet merah FFM 24 juga telah dikejutkan dengan kehadiran pasangan suami isteri popular, Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang sedang hangat dengan dakwaan kontroversi rumah tangga mereka. Namun kemunculan mereka pada acara berkenaan, sedikit sebanyak telah menutup segala dakwaan berkenaan.
Buat pertama kalinya, acara karpet merah FFM24 telah dikemudi oleh tiga wajah popular iaitu Reza Mohamed, Aril AF7 dan Didie Alias yang telah berpeluang menemuramah barisan selebriti popular yang melalui laluan glamor tersebut.
Persalinan Reza Mohamed dan Aril telah ditaja oleh Key Ng manakala Didie Alias tampak keemasan dengan persalinan gaun silau bewarna emas beserta rambutnya yang didandan ke atas serba keemasan sesuai denga tema acara.
FFM 24 telah buat pertama kalinya telah dianjurkan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dan disokong oleh Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta stesen TV Astro Prima (saluran 105).

Sunday, November 20, 2011
Reza Selesa Bergelar Penyampai Radio
Oleh: MARINA SAHABUDIN
Tarikh: November 15, 2011
Ramai yang mengenali jejaka ini kerana personalitinya yang ceria dan bersahaja. Malah perwatakannya yang menarik membuatkan ramai yang menyenangi anak kelahiran Sibu, Sarawak ini. Biarpun pada awal penglibatannya bermula dengan bidang nyanyian, siapa sangka rezekinya lebih berpihak sebagai penyampai radio.
Syaiful Reza Mohamed atau lebih dikenali sebagai, Reza Era, yang merupakan bintang kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketiga ini, mengakui penglibatannya sebagai penyampai radio, tidak pernah diduga memandangkan keinginannya bergelar penyanyi lebih tinggi.
“Selepas tamat AF musim ketiga, saya masih di bawah seliaan pilihan Astro. Saya tak sangka gurauan saya untuk menjadi penyampai radio disokong oleh pihak berkenaan. Selepas itu, barulah saya pergi menjalani uji bakat dan akhirnya terpilih bersama Era pada 2006 sehingga sekarang.
“Sepanjang lima tahun bergelar penyampai radio saya memang selesa. Lagipun ia sesuai dengan peribadi saya yang suka berkomunikasi dengan orang ramai,” kata jejaka berusia 33 tahun ini.
Bercerita mengenai latar belakangnya, Reza berkata, kehidupannya dalam bidang seni bermula sejak remaja lagi.T
“Dahulu saya aktif menyanyi di kelab malam. Malah saya sering diundang menjadi pengacara majlis. Ketika itu saya sedar bakat dikurniakan perlu diperluaskan lagi. Pembabitan saya dalam AF sekali gus membuka jalan untuk saya pergi jauh dalam bidang yang diminati.
“Walaupun kini lebih dikenali sebagai penyampai radio, tetapi ia memberikan kepuasan dalam hidup saya,” kata bekas penuntut Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang kini dikenali sebagai Aswara.
Pegang prinsip
Menurut Reza, bergelar penyampai radio bukanlah semudah yang disangka. Tugas penyampai radio bukan hanya sekadar bercakap, tetapi tanggungjawab mereka lebih besar daripada apa yang dilihat.
“Sebagai penyampai radio, kita juga perlu memikirkan idea untuk dibincangkan dalam setiap segmen yang dikendalikan. Pembentangan setiap isi kandungan yang dibawa ketika ke udara perlu ditapis pihak atasan terlebih dahulu. Kita tidak boleh bercakap sesuka hati kerana boleh menyebabkan penyampai itu ‘syok sendiri’.
“Malah jika tersalah langkah, apa yang dibicarakan boleh menjadi buah mulut pendengar dan menjejaskan imej penyampai radio serta stesen radio itu sendiri. Jadi, untuk menjadi penyampai radio yang berjaya, sifat berhati-hati dan profesional perlu ada dalam diri kami,” jelasnya.
Katanya, untuk mengingatkan diri sendiri, dia sering berpegang kepada prinsip, 'bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah'.
“Hidup perlu ada prinsip. Sebagai manusia biasa di muka bumi ini, kita sering alpa dan lalai membuat perhitungan. Ada kalanya bila dah senang kita lupa diri. Bila susah barulah hendak beringat. Oleh itu, kita perlu berusaha dari bawah dan kejayaan yang dimiliki perlu dihargai,” katanya yang cuba menjaga hati pendengar sebaik mungkin.
Tampil kelainan
Mengendalikan segmen Petang Era bermula jam 4 petang hingga 8 malam, merupakan salah satu cabaran bagi Reza untuk menarik golongan pendengar setia bersamanya.
Menerusi celotehnya bersama rakan seperjuangan Adi Fashla, Reza berkata, dia dan Adi perlu mencari jalan bagi memastikan segmen mereka turut menjadi pilihan pendengar.
“Waktu begini biasanya pendengar mahukan sesuatu yang lebih segar dan tidak membosankan. Jam 4 petang sehingga 8 malam adalah masa bagi mereka yang bekerja berlumba-lumba untuk pulang ke rumah. Saya yakin sekiranya apa yang diketengahkan tidak kena dengan ‘selera’ dan ‘mood’ mereka, pasti segmen kami ketinggalan.
“Bukan sahaja pendengar, saya sendiri pun sedia maklum dalam keadaan penat pulang dari bekerja, sudah pasti kita mahu mendengar sesuatu yang boleh membuatkan diri terlupa penat dan tersenyum sendiri setelah bekerja seharian,” katanya bersyukur kerana rating bagi segmen yang dikendalikan itu semakin meningkat.
Menurut Reza, biarpun kini sudah mempunyai karier tetap sebagai penyampai radio, tetapi ia tidak pernah menghalangnya untuk kembali menyanyi.

Wednesday, October 19, 2011
Tuesday, October 11, 2011
Jom Berdansa!!
Class starts November 2011. Book your spot at Patung Studio. Call +6010 503 2077 or e-mail patung.studio@gmail.com now!
Thursday, October 6, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Reza Mohamed Tunai Impian Tubuh Studio Sendiri
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
PETALING JAYA: Deejay radio Era FM, Reza Mohamed sudah mampu tersenyum lega apabila berjaya menunaikan impiannya untuk mempunyai studio sendiri sejak sebulan lalu.
Studio yang dinamakan Patung Studio itu disewa di Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur dengan bantuan rakan kongsinya, Sufi Abu Bakar, graduan dalam bidang tarian dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
“Saya mula bercita-cita untuk mempunyai studio sendiri sejak 16 tahun lalu iaitu usia saya dalam 17 tahun.
“Setakat ini, studio ini telah digunakan untuk latihan menari dan tidak lama lagi pengarah Erma Fatima akan menyewa studio ini untuk latihan lakonan.
“Bayarannya bergantung kepada masa dan jenis aktiviti yang dilakukan. Biasanya saya mengenakan sewa ruang studio itu RM25 untuk satu jam,” katanya kepada mStar Online.
Patung Studio
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana doa dan niat saya dikabulkan Allah apabila dapat menubuhkan studio ini dengan hasil titik peluh sendiri.
“Sudah lumrahnya apabila melakukan perniagaan, pada mulanya pasti sukar untuk mendapat keuntungan. Biarpun risiko dan persaingannya tinggi, tetapi permintaan terhadap studio ini masih ada,” kata bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang kini dikenali sebagai Aswara itu.
Dalam perkembangan lain, dia yang telah berkhidmat sebagai deejay Era FM sejak Februari 2006 teringin untuk menerbitkan sebuah drama muzikal atau showcase tarian dan dijangka akan menyertai World Championships of Performing Arts (WCOPA) dan MyDance Festival.
Subscribe to:
Posts (Atom)