Saturday, September 26, 2009

Article from mStar Online!

Ahad September 13, 2009

Reza ingin menyanyi semula
Oleh SHAHRIL ADZRIN


PENYAMPAI radio Era, Syaiful Reza Mohamed, 31, atau Reza kini meningkat popularitinya dalam bidang pengacaraan berbanding nyanyian yang telah lama diceburinya sebelum menyertai Akademi Fantasia lagi.

Sebelum menyertai Akademi Fantasia, Reza telah mencari pelbagai pengalaman dengan menyanyi di kelab malam. Dari New World Hotel, Kuala Lumpur, Reza telah merantau ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Port Dickson dan Labuan untuk mengasah bakatnya.



Reza ingin lebih menumpukan pada kariernya dan ingin abangnya berkahwin terlebih dahulu sebelum tiba gilirannya. - foto mStar Online

Malah, Reza yang ditemui pada majlis pelancaran album 'Drama Sebabak Raya' di Hotel Boulevard, Mid Valley, mengatakan dia teringin untuk menyanyi semula.


"Ikutkan saya memang nak menyanyi semula, saya teringin sangat... tetapi sehingga kini saya masih belum mendapat peluang tersebut.


"Kalau saya dapat menyanyi semula, mungkin saya tidak akan hasilkan sebuah album, mungkin hanya 'single' sahaja.


"Sekarang mungkin masa belum mengizinkan lagi... saya pun nak cari masa yang sesuai dulu, kalau boleh bila dah keluar 'single' nanti ianya akan diterima ramai dan dimainkan di semua stesen radio, saya tak nak lagu tu dimainkan kat radio Era je, sebab penyanyinya kerja kat Era," kata selebriti kelahiran Sibu, Sarawak ini.


Ditanya sama ada Reza sudah merasa puas dengan penglibatannya di dalam industri hiburan, Reza mengatakan dia tidak pernah puas sehingga kini kerana di dalam industri hiburan erti kepuasan tersebut begitu luas.


"Saya tidak akan pernah puas kerana bagi saya dalam industri hiburan erti kepuasan itu begitu meluas kerana banyak cabangnya.


"Sekarang saya bersyukur dengan pencapaian saya sebagai penyampai radio dan pengacara. Tiap-tiap hari saya akan perbaiki prestasi dan diri saya agar menjadi lebih baik," kata Reza yang juga merupakan pengacara bagi rancangan Kelab Pop dan Pilih Kasih.


Umurnya juga sudah mencecah 31 tahun, sempat ditanyakan kepada Reza sama ada dia sudah memiliki teman wanita atau bersedia untuk berkahwin.


"Saya belum bersedia lagi... saya ingin lebihkan kepada karier saya dulu dan bagi abang saya kahwin dulu.


"Buat masa inipun saya masih beum terfikir pasal cinta dan kahwin, kalau ada jodoh, kahwin lah saya nanti...


"Bukan sebab saya ni terlalu 'demand' dan memilih, memilih tu perlu, tapi berpada... kalau saya dah jumpa calon nanti pun, saya nak dia seorang yang pandai mengambil hati mak dan ayah saya, itu yang paling utama.


"Selain itu dia juga mesti pandai memasak dan pandai mengaji," katanya.


Seronok berbuka dengan keluarga


Tahun ini Reza berpeluang untuk berbuka bersama keluarganya di Ampang kerana dia hanya perlu berada di konti pada sebelah pagi dan ini memberikan sedikit kegembiraan buat Reza kerana dapat berbuka bersama keluarganya.


"Kalau dulu saya selalu kerja malam, jadi hanya berbuka di konti sahaja, tahun ini saya kerja pagi, bila dah selesai kerja saya boleh pulang ke rumah dan berbuka dengan keluarga saya.


"Itu yang membuatkan saya rasa seronok dan lain sangat puasa tahun ini.


"Dari segi kerja, tidak ada apa yang berubah, sama saja bagi saya, cuma saya kena bersahur, kalau tidak nanti saya jadi lembik dan tak larat.


"Satu lagi perangai saya adalah, bila pergi ke bazar ramadan, nafsu makan saya sentiasa diuji, saya akan beli macam-macam makanan dengan banyaknya, bila dah berbuka tak habispun makanan tu.


"Sekarang saya sedang cuba mengawal nafsu tersebut dan belajar dari pengalaman lalu, katanya.


Reza akan ke udara pada malam raya nanti pada jam 12 tengah malam hingga 6 agi bagi menjayakan sebuah program 'Perantan Ramadhan R&R (Ramadan dan Raya) di radio Era dengan kerjasama Murai.com.


Selain itu, pada raya pertama juga Reza akan muncul di Astro bagi rancangan 'Kelab Pop Rayalah Pulak' dengan menampilkan penyampai-penyampai dari SinarFm berentap bersama THR Gegar.


Malah Reza juga akan berlakon di dalam sebuah drama raya terbitan Astro 'Raya Kilang Berapi' dimana turut dibintangi oleh bintang-bintang AF7, tenaga pengajar AF dan ramai lagi.