Tuesday, February 8, 2011

Penyampai Radio Calon Hos AF9?

Penyampai Radio Era Calon Hos AF9?

Farid Diana Bertunang Atau Dah Putus Cinta

KL, 28 JAN 2011:

Tika dan saat ini, ramai orang bertanya kepada teman baik Murai Batu tentang kebenaran penyanyi dan pencetus kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani yang dikatakan bakal mengemudi Akademi Fantasia 9 (AF9) sebagai pengetua.

Namun, Murai Batu masih belum menerima kata putus dari pihak produksi akan hal ini walaupun sudah ada yang berani berbicara bahawa Ahmad Dhani adalah orangnya.

Selain heboh bercerita tentang pengetua AF9, ada juga yang dengan beraninya menghebahkan kepada orang ramai bahawa pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Hj Nawawi akan kembali menjadi hos untuk AF9.

Malah, hebahan berani mati ini bukanlah sengaja dibuat kerana ia terpancul sebaik saja selepas sidang media uji bakat AF9 yang nyata telah memberi banyak pembayang tentang kembalinya pengacara paling hebat di Malaysia itu di lantai AF.

Bagaimanapun, Murai Batu juga terdengar Zizan Raja Lawak yang berjaya menewaskan Aznil dalam sebuah majlis anugerah baru-baru ini, turut dicanang sebagai hos AF9.

Apapun, ia bukanlah penguat cerita untuk sesiapa saja mengesahkan hal ini, memandangkan pihak produksi masih bermain tarik tali dalam soal pemilihan pengacara.

Terdengar juga khabar angin bahawa 3 lagi penyampai Era juga tersenarai sebagai pengacara program realiti popular berkenaan.

Malah, nama yang paling terbiasa di calonkan adala Reza Mohamed yang kini sibuk dengan program Pilih Kasih. Bagaimanapun, kemungkinan besar bukan Reza kerana khabarnya Reza sibuk dengan program lain sewaktu AF9 mula disiarkan nanti.

Mungkin juga pasangan Pak Nil menerusi Riuh Pagi Era iaitu Ray dan Haniff adalah nama yang paling rapat untuk dicalonkan sebagai hos AF9. Namun, gandingan ini bukanlah menjadi hos utama tetapi sekadar hos Diari AF9.

Alahai, tak kiralah sesiapa pun pengacara sebenar AF9. Tapi apa yang pasti Murai Batu harapkan individu ini nanti akan dapat memberi impak baik buat dirinya serta AF9. Jangan jadi lupa diri sudahlah.

MURAI BATU: Kalau bukan mereka, masih ramai lagi pengacara berbakat tetapi kurang popular yang boleh mengacarakan AF9. Tapi siapa orangnya?