Wednesday, June 8, 2011

Bintang AF Dah Ada Juara AF9 Pilihan Mereka Sendiri

Teks oleh Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 8 JUN 2011: Menerusi program di sebalik tabir Akademi Fantasia 9 (AF9) iaitu Apa Kata M (AKM) terbitan murai.com.my, setiap bekas pelajar AF9 termasuk finalis AF9 iaitu Hazama, Fina, Lena dan Azri telah pun memilih juara AF9 pilihan mereka sendiri.

Namun, siapa pula pilihan senior bintang AF mereka? Untuk mendapatkan kepastian berkenaan, murai.com.my sempat menjengah rahsia hati bintang AF mengenai pilihan juara AF9 mereka ini.

Jom ikuti pilihan mereka dan ketahui mengapa mereka memilih pelajar berkenaan.

Naz Adilla AF7

Hazama...Dia dah tahap profesional berbanding pelajar yang lain. Suara Hazama pun best...

Aishah AF7

Saya rasa, Finalah...Sebabnya dia yang paling menonjol dan hebat. Tetapi tak mustahil Hazama boleh menang. Sebabnya pula adalah dia punya karaktor yang hebat.

Haziq AF4

Saya pilih Hazama. Sebabnya, Hazama memilik pakej lengkap sebagai penyanyi dan penghibur. Di samping itu, Hazama juga dikurniakan personaliti yang sangat menarik.

Qhaud AF7

Sudah semestinya Hazama. Dia layak menjadi juara dan sepatutnya dah lama dia dapat gelaran itu. Bakat suara yang dia ada sangat bagus dan Hazama mempunyai daya tarikan yang tulen. Dia adalah anak seni yang dapat menghiburkan dan tahu hala tuju dia.

Yazer AF3

Of course Hazama. Sememangnya, pengalaman yang dia lalui selama beberapa tahun ini sebagai anak seni melayakkan dia untuk meraih gelaran juara AF9. Saya lihat dia bagus dan konsisten dengan matlamat dia. Lagi satu, dia amat fokus dan amat tahu apa yang dia mahu sebagai seorang penyanyi. Dia memang layak.

Isma AF7

Saya pilih Azri kerana dia berbakat dan ada aura tersendiri.

Reza AF3

Hazama. Sebab dia dah bertahun-tahun berGempak Astro dengan saya. Saya juga tahu keupayaan dia sebagai penghibur.

Shawal AF5

Semua finalis AF9 memang cukup hebat. Susah untuk memilih siapakah juaranya. Saya rasa Hazama boleh jadi juara sebab dia dah ada pengalaman sebelum ini. Dia juga tahu apa yang dia patut lakukan. Kawtim.

Zizi

Hazama kerana kami semua keluarga Gempak Astro sokong Hazama.

Tuesday, June 7, 2011

Dalam Diam-Diam, Reza AF3 Bercuti Ke Ibiza?

KL, 2 JUN 2011: Wah! Terkezut Murai Batu bila dapat tahu yang Reza Mohamed aka Reza AF3 yang juga penyampai radio Era Fm dalam diam-diam telah menjejakkan kaki ke Ibiza. Yelah, siapa yang tak nak pergi kat salah satu kepulauan Sepanyol yang terletak di kawasan laut Mediterranean tu kan?


Alih-alih, si Reza AF3 dah pun sampai kat situ. Patutlah, kulit si Reza tu nampak tan (sawo matang) sangat. Agaknya, banyak berjemur sangatlah kat Ibiza tu.


Paling ketara adalah penampilan Reza. Nampak lain sangat. Macam orang yang baru balik dari pulau. Begitu juga dengan cara dia bercakap. Dah macam orang dari luar pulak.

Bila Murai Batu pasal percutian Reza AF3 ke Ibiza ni, Murai Batu cubalah korek lagi cerita. Dengan siapa Reza ke sana. Kalau boleh, Murai Batu nak mintak jugaklah beberapa keping gambar dia waktu bercuti di sana.


Setidak-tidaknya, Murai Batu dapat kongsi sesuatu dengan semua pembaca Murai. Lebih-lebih lagi bila Ibiza tu, tempatnya cantik sungguh.


Tapi, kata-kata seorang teman rapat membuatkan Murai batu terkedu. Katanya, bila masa pulak si Reza tu pergi ke Ibiza? Takde maknanya dia pergi ke situ. Hai, sah-sah Murai Batu sendiri dengar orang cakap si Reza tu baru balik daripada Ibiza.


Mendengar kata-kata Murai Batu, teman rapat itu pun terus tertawa. Yang dimaksudkan dengan Ibiza tu bukan Ibiza yang terletak di kawasan laut Mediterannean tu.


Sebaliknya, Ibiza yang dikaitkan dengan Reza adalah percutian di beberapa pulau menarik yang terdapat di Malaysia sendiri. Senang cakap, dalam tempoh waktu bercuti tu, Reza sebenarnya tak ke mana-mana.


Sebaliknya dia ada dalam negara dan hanya sekadar Cuti-Cuti Malaysia. Khabarnya, sepanjang percutiannya itu, si Reza AF3 berpeluang menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang menarik. Malah, dia sendiri tak menyangka bahawa akan ada tempat-tempat menarik yang sebegitu di Malaysia.


Kalau nak tahu di manakah Ibiza Malaysia yang dimaksudkan si Reza, tunggu ya. Nanti, Murai Batu akan pujuk Reza supaya dia dapat benarkan portal murai.com.my mendedahkan beberapa keping foto koleksi perbadinya sempena percutian Cuti-Cuti Malaysianya itu.


MURAIBATU: Teringat lagu JLO featuring Pitbull - On The Floor: Brazil Morocco, London to Ibiza, Straight to LA, New York, Vegas to Africa!