Monday, August 22, 2011

KEPOHNYA RAYA 2011

Teks oleh Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2011: Setiap kali menjelang Syawal, perasaan risau tidak dapat pulang beraya di kampung halaman sering saja bermain di fikiran. Tenangkan rasa kerisauan tersebut dengan menyertai slot Perantau R&R dalam ruangan Ramadan & Raya Murai (R&R).

Melalui ruangan ini, portal murai.com.my sekali lagi memberikan anda peluang untuk menyampaikan salam hari raya kepada insan yang tersayang tidak kira di mana jua anda berada.

Ketua Editor murai.com.my, Ellyna Ali atau Elly, berkata Perantau R&R bukan saja memberi peluang kepada orang ramai yang berada di Malaysia atau pun luar negara menyampaikan salam hari raya, malah, mereka juga boleh menambah kenalan dengan melihat foto dan ucapan setiap penghantar bersama e-mel masing-masing.

"Tujuan kami adalah untuk merapatkan semua hubungan silaturrahim sesama insan, mungkin antara rakan-rakan dan saudara mara yang lama terpisah." Paling tidak pun, Insya-Allah anda boleh melihat foto mereka dan mendengar suara mereka menerusi kerjasama bersama program Kepohnya Raya.

"Jadi lekaslah sertainya sekarang. Tiada sebarang caj dikenakan. Yang lebih menarik, 2 ucapan paling kreatif akan dibaca sendiri oleh Reza Mohamed dan Fara Fauzana yang menjadi pengacara program Kepohnya Raya, " kata Elly.

Kepohnya Raya akan disiarkan pada hari raya pertama di Astro Ria saluran 104 jam 4 petang.

Apa yang pasti, anda juga berpeluang mengetahui pelbagai gosip menarik yang melanda selebriti popular tanahair seperti Farid Kamil, Fizo Omar, Lisa Surihani dan ramai lagi.

Dari Astroview Ogos 2011