Tuesday, May 10, 2011

Arora Salwa: Nama Reza AF3 Memang Ada Dalam List

Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Photographer


KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2011: Pertemuan tanpa diduga di antara penyanyi yang baru meningkat naik, Arora Salwa dan penyampai radio Era, Reza atau Reza AF3 di café Ceria, Astro bulan lalu telah menimbulkan pelbagai spekulasi tentang hubungan yang terjalin di antara mereka.


Bermula dengan Lagu Ahmad nyanyian Arora yang dikatakan mempunyai kaitan dengan penyampai radio popular itu, mereka juga dikatakan telah menjalinkan hubungan yang agak rapat sehingga kelihatan begitu akrab di laman social, Twitter serta Facebook sejak akhir kebelakangan ini.


Bagi menjawab segala persoalan ini, portal murai.com.my segera mendapatkan penjelasan daripada Arora Salwa sendiri.


Begitupun, Arora telah menafikan bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Reza. Namun, pada waktu yang sama, dia turut menjelaskan bagaimana nama termasuk dalam senarai nama lelaki yang jadi pilihan pihak syarikat rakaman yang dinaunginya iaitu Sony Music Malaysia.


"Sebenarnya, sebelum keluar dengan Lagu Ahmad, pihak Sony Music Malaysia ada sediakan 40 nama lelaki lain untuk dipilih. Antaranya ialah Rizal, Faizal, Adi, Razak, Fitri serta Reza.


"Pemilihan kesemua nama ini dilakukan secara rawak. Namun, ia sama sekali tidak ada kaitan dengan mana-mana lelaki dalam hidup saya. Temasuklah penyampai radio Era, Reza sendiri.


"Bagaimanapun, saya telah diminta untuk merakamkan Ring Back Tone( RBT) untuk kesemua 40 nama lelaki yang telah disenaraikan itu untuk simpanan pihak syarikat rakaman.


"Kebetulan, Reza pula tahu bahawa namanya ada tersenarai dalam 40 nama-nama lelaki itu. Jadi,dia pun terus mendapatkan RBT itu dari pihak Sony Music Malaysia," jelasnya kepada murai.com.my


Dalam pada itu, Arora Salwa juga menyangkal dakwaan tentang kemesraannya yang terjalin dengan Reza AF3 di laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Menurut Arrora, lagi, individu yang berkomunikasi di laman sosial itu bukanlah dirinya, sebaliknya rakan yang dipertanggungjawabkan olehnya untuk mengendalikan kesemua akaun laman sosial tersebut.


"Bayangkanlah, saya hanya berjumpa dengan Reza pun hanya sekali sahaja. Waktu itu pun kebetulan terjumpa di café Astro. Dia yang mula menegur saya dan kami sempat berbual tetapi hanya sekejap sahaja kerana Reza mahu bergegas untuk sambung bertugas di kontinya.


"Kami tidak ada berhubung pun selepas itu. Saya pun tak tahu apa yang terjadi selepas itu. Rupa-rupanya, rakan saya yang dipertanggungjawabkan untuk monitor laman sosial Twitter milik saya itu telah berhubung dengan Reza AF3 melalui Twitter. Padahal saya sendiri tidak tahu untuk menggunakan Twiiter ketika itu.


"Jadi, lepas mengetahui hal tersebut, saya sudahpun mengambil alih untuk monitor semula akaun Twitter saya. Saya juga telah meminta maaf kepada Reza dan sudah pun menjelaskan kepadanya bahawa yang berkomunikasi dengannya itu bukan saya tetapi orang lain," katanya lagi.


Tambah Arora lagi, selepas kejadian itu dia pun sudah memaafkan rakannya itu dan kini lebih berhati-hati untuk mempercayai orang lain biarpun rakannya sendiri.


Mengenai perkembahangn terbaru Arora, dia kini sedang mula menceburi bidang lakonan dan sedang menjayakan pengggambaran untuk drama pertamanya yang berjudul, Satria Mega untuk siaran televisyen RTM.