Wednesday, October 28, 2009

Reza Gilap Artis Naungan Sendiri


Teks & foto oleh Razif Rosdi
Nama penyampai Era FM, Reza Mohamed telah dicungkil melalui program Akademi Fantasia 3 (AF3) bersama Mawi. Bakat Reza makin menyinar apabila ditawar menjadi penyampai sekaligus menjadi hos untuk program TV seperti Kelab Pop dan Pilih Kasih.Memandangkan Reza berasal daripada program realiti TV, dia lebih memahami bagaimana perasaan bakat-bakat yang kurang diketengahkan berbanding juara-juara. Menyelami perasaan tersebut, Reza tampil menggilap beberapa bakat AF yang menjadi artis di bawah naungan syarikatnya, Rezakey MGT yang baru ditubuhkan pada Mei 2009.Baru-baru ini, Reza datang melawat pejabat murai.com.my dengan membawa barisan artis naungannya seperti Noni, Ika Nabila, Sidi, Amar AW, Aydiel dan Reezal.

"Selain mereka ini Faisal AF6 juga adalah artis saya. Ada seorang lagi artis tapi buat sementara waktu ini, saya terpaksa merahsiakannya dulu. Syarikat ini saya uruskan sendiri bersama rakan kongsi iaitu Intan Nurlyana atau nama timangannya, Beckham," kata Reza.Kenapa Reza tertarik memilih mereka?"Sidi contohnya ada vokal yang bagus dan sekarang dia pun ada single yang dibuat sendiri olehnya bertajuk Adda. Jadi kenapa tidak saya membantu dia menguruskan publisiti? Aydiel pula saya kenal waktu saya jadi hos Pilih Kasih. Dia menjadi seorang propman tapi ada berbakat besar dalam lakonan terutama sekali teater. Malah Aydiel pegang watak gamat dalam teater Gamat baru-baru ini. "Noni, Ika dan Ammar pula dah makin banyak berlakon. Bakat mereka tak perlu diperkatakan lagi. Mereka juga terlibat dalam drama Kau & Aku. Reezal pula saya baru kenal, tapi saya tengok dia ada potensi jadi model," jelas Reza.Selepas menerangkan tentang artis naungannya, Reza sudah terfikir tentang persoalan yang memperkatakan artisnya akan terbiar apabila dia sibuk di konti dan studio rakaman program TV."Tak ada masalah, saya dibantu oleh Beckham. Secara jujur, saya dah fikirkan semua persoalan ini. Terus-terang, saya tak mahu artis saya dibayangi Reza Mohamed. Apapun, saya akan cuba sedaya upaya membantu mereka dalam melibatkan mereka dalam program TV daripada idea saya."Setakat ini, program tersebut tak boleh diberitahu tapi proposal telah diberikan kepada stesen TV. Saya juga sedang mencari idea untuk buat teater muzikal pula," jelas Reza. Apa yang pasti, setiap artis bukan saja berbakat dalam bidang peragaan malah mereka semua pandai berlakon, mengacara dan menyanyi. Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan artis Rezakey MGT boleh menghubungi Beckham di talian 012- 8699003.

2 comments: