Tuesday, April 19, 2011

Apa Sebenarnya Hubungan Reza Era, Arrora Salwa?



19 APRIL 2011: Dah lama sangat Murai Batu cerita pasal perihal penyampai radio, Reza Era dengan penyanyi cantik yang bernama Arrora Salwa. Tapi, disebabkan banyak sangat isu-isu lain yang berlaku, jadi fokus Murai Batu kat diaorang terus hilang buat seketika.


Sampailah Murai Batu terdengar lagu yang berjudul Lagu Ahmad. Sedap betul lagu tu. Bila Murai batu hayati lagu ni betul-betul, Murai Batu terdengar bait-bait perkataan Ahmad Reza disebut berulangkali.


Nama Ahmad itu mungkin sengaja diletakkan kerana ia berbunyi agak universal. Tapi, macam mana pulak dengan Reza? Adakah, ianya mempunyai kena-mengena dengan Reza Era. Lebih-lebih lagi pulak bila ada di antara bait-bait lirik itu yang menyentuh tentang seseorang yang popular serta menjadi idola.


Entahlah, Murai Batu mungkin salah. Tapi, Murai Batu dapat tahu hubungan Reza Era dengan Arora Salwa tu pun boleh tahan rapat jugak. Selalu jugaklah diaorang tu bertwitter.


Mungkin, itu bukanlah satu bukti yang kukuh yang boleh mengatakan bahawa hubungan diaorang tu lebih daripada sekadar kawan. Tetapi, yang musykilnya, cara diaorang bertwitter tu lain macam sikitlah. Macam lebih daripada kawan.


Satu lagi, gambar mereka berdua pun boleh dilihat di dalam Blackberry. Siap ambil gambar berdua pulak. Jaranglah Murai Batu tengok si Reza ni ambil gambar macam tu dengan mana-mana perempuan.


Adakah Arora Salwa gadis yang telah berjaya mencairkan hati lelakinya? Murai Batu nak tunggu pengakuan Reza Era dan Arora Salwa!

2 comments:

  1. He,he,he.....Kantoi Sudah! TAHNIAH Sepadan sesgt.kan. Ahmad aka Reza dan Arora Salwa nanti Kahwin Jgn.Lupa Jemput Sy.Peminat baru Lagu Ahmad nyanyian Arora. Nak sesgt,tengok Reza bersanding.

    ReplyDelete
  2. ..ehem2..abg reza, jgn lupak mdh mun kwen..hehehe..

    ReplyDelete