Tuesday, February 2, 2010

ekstra | af8 - berita gosip

29-Dec-2009 Oleh: Murai Batu

KUALA LUMPUR, 29 DISEMBER 2009: Baru saja pengumuman uji bakat Akademi Fantasia 8 (AF8) dibuat oleh pihak Astro, pelbagai spekulasi telah mula diajukan termasuklah siapakah hos, pengetua serta tenaga pengajar yang akan membarisi 'kabinet' dalam musim ini.

Bagi Murai Batu, ini adalah simptom-simpton biasa setiap kali virus AF mula menyerang rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Dalam memperkatakan tentang hos AF8 kelak, sudah timbul gosip-gosip di belakang tabir adakah AC Mizal akan kekal atau digantikan oleh pengacara lain.

Kalau ikutkan pencapaian dan populariti, AC Mizal tahun ini lebih gah daripada AC Mizal tahun sebelumnya. Ini terbukti apabila program AC telah berjaya menewaskan program Aznil atau Pak Nil dalam ASk2009, baru-baru ini.

Tapi perkara itu pun masih belum cukup kukuh untuk Murai Batu mengesahkan sekarang sama ada AC kekal atau disingkirkan. Atau mungkin AC terbabit dalam bentuk lain dalam team AF8 kali ini?

Ketika ini beberapa nama telah disebut-sebut untuk menjadi hos antaranya Reza Mohamed, Zainal Alam Kadir, Awal Ashaari, Fahrin Ahmad, Jimmy Shanley dan Linda Onn. Tidak ketinggalan pengacara baru dari Astro Awani iaitu Syed Faradino atau Dino yang mengendalikan program In Person dan Perkspektif Kita.

Tapi kalau tanya Murai Batu, for a change, apa kata memberikan tugas hos itu kepada Fauziah Dato Ahmad Daud atau kak Ogy kita. Sebagai seorang aktres terbaik, tentunya Kak Ogy sangat bijak mengendalikan pelbagai mood ceria atau sedih apabila drama-drama AF berlaku di pentas. Setuju?

Bagaimana pula dengan Pak Nil? Adakah dia akan kembali membuat kejutan? Atau mungkin Pak Nil boleh jadi pengkritik tetap pula. Nampaknya semua masih lagi rahsia dan rahsia!


MURAI BATU: Team produksi AF8 kena kerja keras sebab demam bola sepak Piala Dunia akan kembali merebak tahun depan. Apa agaknya kegemilangan hiburan pada 2010 kelak? Sama-sama kita doakan yang terbaik!

1 comment: