Wednesday, December 16, 2009

Artis peminat berhujan di Konsert Monsoon Cup

Sekarang ini siri showcase kelolaan majalah URTV sempena Monsoon Cup 2009 masih berlangsung di Kuala Terengganu. Siri persembahan dimulakan dengan Konsert Kick Off di pentas utama Dataran Shahbandar pada 1 Disember lalu.

Sesuai benar dengan namanya konsert sempena Monsoon Cup. Konsert tersebut benar-benar dilanda monsun apabila terpaksa dihenikan separuh jalan demi keselamatan artis, peminat dan semua yang berkaitan dengan konsert itu.

Tomok memulakan persembahanSebelum dimulakan hujan renyai sudah turun sehingga perasmiannya terpaksa dibatalkan dan konsert dimulakan sebaik sahaja cuaca nampak reda dan hujan mulai reda.

Tomok memulakan persembahan dengan lagu-lagu popularnya termasuk Rindu Terhenti.
Apabila Tomok memulakan persembahan, peminat yang menunggu di bawah khemah jualan mula ke depan untuk menonton persembahan dari dekat.

Mereka siap menyediakan payung sebab menjangkakan hujan bakal turun pada bila-bila masa.
Mereka pasti faham cuaca di tempat mereka pada musim tengkujuh sekarang.

Sebab itulah mereka sedia keluar rumah walaupun tahu bakal menanggung risiko basah dek hujan.

Persembahan diikuti dengan Elyana dengan lagu-lagu Tak Tercapai Akalmu dan Kalis Rindu.
Reza berbaju hujan mengacara konsert

Nampaknya hujan mulai turun kembali sehingga peminat membuka payung masing-masing. Namun mereka tetap tidak berganjak dan menonton konsert dalam kebasahan.

Itulah namanya peminat sejati. Mereka cool sahaja sebab kesejukan. Artis juga jadi lebih bersemangat menyanyi dan meredah tempias hujan demi menghiburkan peminat mereka.

Semasa giliran Dafi naik ke pentas hujan nampaknya semakin lebat. Dafi tetap meneruskan persembahan. Semasa masuk lagu ketiga, Bila Terasa Rindu keadaan tidak dapat dikawal lagi kerana angin laju mula melanda pentas.

Dafi kebasahan walaupun berundur sehingga ke backdrop. Selepas selesai persembahan Dafi, Reza dan Farah Fauzana mengumumkan konsert terpaksa ditangguhkan.

Bagaimanapun selepas itu pihak penganjur terpaksa menghentikan konsert kerana hujan lebat beserta angin kuat yang berterusan.

Ramlah Ram, Jay Jay, Kristal, Aizat, Dayang Nurfaizah dan Amanda Imani yang menunggu giliran mengadakan persembahan tidak dapat beraksi.

"Memang bahaya juga tapi saya teruskan persembahan sebab nampak peminat juga tidak berganjak walaupun berhujan," kata Dafi yang kebasahan semasa di belakang pentas.


Artis yang menjayakan Konsert Kick Off Monsoon Cup 2009 bersama URTV

No comments:

Post a Comment