Tuesday, June 29, 2010

30,000 Meriahkan Gempak Astro Rockabola

Ditulis oleh Nonie Isnin, 28 Jun 2010 21:33





Biarpun hujan dan padang basah dengan lumpur, ia tidak menghalang puluhan ribu penduduk Batu Pahat memeriahkan Konsert Gempak Astro Rockabola yang berlangsung di Dataran Penggaram.

Amy Search dan barisan bintang Akademi Fantasia(AF) berjaya memukau penonton dengan paduan suara dalam muzikal Rockabola yang berlangsung selama dua jam.


“Syukur mereka beri respon yang sangat baik bila melihat gabungan bakat baru dan lama bersama dalam sebuah konsert. Ini adalah satu peluang keemasan kerana Amy Search begitu merendah diri memberikan tunjuk ajar kepada bakat baru kami.

“Pastinya kami semua tergamam melihat kesungguhan yang ditunjukkan mereka dan begitu terkejut apabila pelajar AF yang tersingkir awal sewaktu pertandingan dulu dapat memberikan persembahan yang begitu hebat sekali,” ujar Ketua Pemasaran Segmen Melayu Astro, Puan Molina Musa.

Meskipun bermula lewat daripada perancangan asal, namun penonton tidak berganjak dan pastinya Amy Search antara tarikan utama dalam muzikal bertemakan bola ini.

“Kami telah lakukan survey dan hampir 80 peratus inginkan Amy dalam konsert ini. Dan pastinya beliau antara sebab kejayaan persembahan secara keseluruhannya. Walaupun hanya Amy artis besar yang ada, namun faktor wow yang ada padanya berjaya buatkan mereka bertahan sehingga ke jam 12.00 malam,” tambah Molina lagi.

Muzikal Rockabola ini dibintangi oleh Reza Mohamed, Nadia, Zainal Alam Kadir, Zahid, Stacy, Farhan, Hazama, dan ramai lagi bintang AF yang lain. Memang menarik konsert ini apabila bertemakan bola yang seiring dengan demam piala dunia ini.

Lucu melihat Hazama dan Zahid melakonkan watak lelaki lembut dan pastinya mereka antara bintang AF yang mendapat sambutan cukup meriah dari penonton

Monday, June 28, 2010

TAHNIAH RADIO ERA.FM

dari Bukan Nak Kata, PANCAINDERA, MINGGUAN MALAYSIA 27/06/2010

BERMULA awal minggu ini, radio kesayangan saya radio Era sudahpun melakukan transformasi apabila membuat perubahan dengan memperkenalkan sistem baru apabila pendengar bebas membuat pilihan lagu-lagu kesukaan mereka.

Mungkin ramai inilah perubahan yang ditunggu oleh kebanyakan pendengar selama ini. Mahu sedikit kuasa dalam membuat pilihan lagu dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu yang kurang berkualiti.

Reza penyampai radio Era yang sedang meningkat popular.


Ramai yang memberikan respons positif apabila radio Era memperkenalkan sistem baru tersebut tetapi saya cadangkan radio Era supaya tidak membuang terus lagu-lagu yang sudah berada lama dalam senarai mereka.

Walaupun ada yang berpendapat sebilangan lagu cukup membosankan tetapi alangkah tak manisnya apabila mereka bertanyakan kepada peminat lagu mana yang patut dibuang.

Sistem kuasa memilih di tangan peminat memang saya sokong tapi jangan dok pukul canang lagu mana yang patut dibuang. Hormati juga hak karyawan yang bermati-matian menghasilkan karya.

Monday, June 21, 2010

Peningkatan Reza

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
2010/06/20

KERJAYA penyampai radio dan pengacara TV popular, Reza atau nama sebenarnya, Syaiful Reza Mohamed, menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Menerusi program bersiaran setiap Sabtu bermula semalam, jam 10 malam menerusi Astro Ria (saluran 104) itu, Reza digandingkan dengan pelakon jelita, Scha Al-Yahya sebagai hos.

Ketika dihubungi baru-baru ini, Reza meluahkan rasa syukur kerana terus mendapat kepercayaan Astro mengendalikan program itu dan berharap ia mampu mencetus fenomena baru dalam penerbitan bercorak permainan.

“Kata Kau boleh dikatakan kesinambungan Kelab Pop namun berbeza lenggok permainannya apabila dibahagikan kepada dua kumpulan, di mana setiap kumpulan menggabungkan dua selebriti terkenal tanah air dengan seorang pelanggan Astro yang bertuah.

“Ada 26 episod termasuk edisi khas Raya dan Merdeka, di mana setiap episod lima jenis permainan akan dimainkan secara rawak. Antara cabaran yang menanti peserta adalah meneka lagu menerusi permainan Ringtone Rentung, meneka korus lagu Rock Melayu dalam Bapak Kapak dan meneka lukisan karikatur penyanyi dan pelakon melalui Siapa Pulak Ni..? “Selain itu ada banyak lagi permainan seperti Ikut Suka Kau!, Masihkah Kau Ingat?, Video Songsang Baa..., CD Rongak, Ribut Petir Kebabom, Studio Berdengung dan Joget Spontan.

“Uniknya Kata Kau, selain merapatkan hubungan artis dan peminat, fokus bukan saja diberi kepada peserta tetapi juga penonton di studio dan rumah. Pasti pecah perut melihat aksi peserta dan program ini boleh jadi penawar kepada tekanan,” kata Reza.

Biarpun pertama kali digandingkan dengan Scha, dia tidak sukar mencari keserasian depan kamera kerana aktres itu juga gila-gila sepertinya.

Menerusi program itu mereka bukan saja bertanggungjawab merancakkan pentas tetapi perlu mewakili kumpulan dan menerima ‘padah’ yang sama andai kalah.

“Program ini lain daripada lain. Saya dan Scha ‘berperang’ kerana masing-masing mahu pastikan pasukan diwakili menang. Mereka yang kalah akan didenda dan kami tidak tahu apa bentuk denda itu hinggalah diumumkan.

“Kelakar pula bila pengacara lebih berkobar-kobar mahu menang daripada peserta. Sepanjang 26 episod, kumpulan saya yang selalu kalah. Reda sajalah biarpun macam-macam denda saya kena.

“Perang Kata Kau berterusan biarpun rakaman sudah habis, di mana saya dan Scha akan saling kata-mengata dan ia menjadi bahan lawak di laman sosial Twitter. Seronok bekerja dengan Scha sebab dia gila-gila dan kelakar,” katanya.

Selain Kelab Pop dan Kata Kau, selebriti yang bakatnya dicungkil menerusi pentas Akademi Fantasia musim ketiga ini pernah mengendalikan pelbagai genre program seperti Diari AF7 Ext, Pilih Kasih serta 1001 Malam Perkahwinan Mawi dan Ikin.

Menjadikan Aznil Nawawi dan Zainal Alam Kadir sebagai idola, jejaka berwajah keanak-anakan ini terikat dengan program Gempak Selebriti Astro: Rocka Bola dan Gempak Desa Astro: Rocka Bola.

“Jika mahu melihat saya berlakon, datanglah ke Gempak Selebriti Astro: Rocka Bola di Batu Pahat pada 26 Jun. Saya akan beraksi sebagai pengulas sukan dalam teater muzikal Rocka Bola yang membariskan beberapa artis terkenal, termasuk Amy Search.

“Mungkin ramai tidak tahu saya minat berlakon, lebih-lebih lagi teater. Sebelum ini pun ada beberapa tawaran tetapi masa tidak mengizinkan. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik dalam pementasan Rocka Bola nanti,” katanya.

Friday, June 18, 2010

Kata Kau, kuiz hiburan bersiaran di Astro

Lambakan program televisyen yang ditayangkan adakalanya memeningkan di saat ingin melakukan pemilihan terbaik. Bimbang tidak mampu mengisi masa senggang dengan kadar kepuasan di tahap maksimum.

Apa yang pasti stesen TV Astro tidak pernah melupakan tanggungjawab mereka kepada penyediaan program yang boleh menghiburkan penonton di kala ia sangat memerlukan.

Dambaan kepada itu, Astro sekali lagi mencuri perhatian penonton dengan sajian program permainan berunsurkan muzik berjudul Kata Kau bagi mengisi ruang kosong anda.

Kata Kau akan memulakan siarannya melalui Astro Ria saluran 104 bermula 19 Jun ini tepat jam 10 malam dan akan terus bersiaran pada setiap Sabtu.

Program yang berdurasi lebih kurang 30 minit dengan tayangan 26 episod ini menjadi lebih hangat apabila dihoskan oleh pengacara yang terlalu sinonim dengan bidang pengacaraan program sebegini, Reza Mohamed. Mungkin tidak lengkap kalau dia bersendirian lagi seperti program Kelab Pop seperti dahulu.

Dalam program ini dia digandingkan dengan pelakon yang turut terkenal menerusi drama siri Awan Dania, Scha Al Yahya yang juga pernah menjadi hos pagi program Sehati Berdansa.

Pemilihan kedua-dua pengacara ini setelah setelah dilihatkan mereka amat sesuai digandingkan dan pertepatan dengan konsep program yang membawakan pendekatan segar dan bersahaja.

Jadi secara tidak langsung susunan program kuiz berbentuk hiburan yang ringkas ini akan menyelarasi kesesuaian untuk tontonan semua lapisan masyarakat.

Membawakan keceriaan dengan gelak ketawa anda sepanjang program ini sudah pasti menjadi fokus utama di mana pada setiap episod, sebanyak lima jenis permainan akan dimainkan secara rawak. Paling menarik apabila hukuman akan dikenakan kepada setiap kumpulan yang kalah.

Di antara cabaran-cabaran yang menanti para peserta meneka tajuk lagu melalui permainan Ringtone Rentong di mana mereka harus meneka bahagian korus lagu Rock Melayu.

Sementara itu, di segmen lain pula peserta meneka lukisan karikatur penyanyi dan pelakon tanah air melalui Siapa Pulak Ni..?

Menggamatkan lagi keadan melalui segmen Ikut Suka Kau! Yang menampilkan Salleh Yaakob yang terkenal dengan jolokan Abang Jam menyanyikan lagu Melayu versi Inggeris dan lagu Inggeris ke versi Melayu. Di sini setiap peserta diharuskan meneka akan tajuk-tajuk lagu tersebut.

Selain itu, terdapat banyak lagi permainan yang akan dimainkan secara rawak seperti Masihkah Kau Ingat?, Video Songsang Baa.., CD Rongak, Ribut Petir Kebabom, Studio Berdengung dan Joget Spontan.

Pastinya kesemua yang dipersembahkan memaparkan 1001 kelainan bagi penonton Kata Kau.

Antara barisan artis yang akan memeriahkan program Kata Kau, Pop Shuvit, Meet Uncle Hussin, Saida, Saerah, Zed Zaidi, Adam AF, Hafiz, Mila, Tomok, Black, Fiz Fairuz, Julia Zigler, Ainul Aishah, Marsha, Anding, Dafi, Edleen, Sherry Ibrahim, Zizan dan ramai lagi.

Wednesday, June 16, 2010

REZA MOHAMED & SCHA AL-YAHYA DALAM KATA KAU

from http://www.budiey.com/

KUIZ HIBURAN TERBARU SEISI KELUARGA!

Setelah beberapa program yang bercorak permainan di Astro berjaya meraih perhatian dan mendapat tempat di hati penonton, Astro sekali lagi membawakan sebuah lagi program bercorak permainan kuiz berunsurkan muzik iaitu Kata Kau yang akan bersiaran pada setiap hari Sabtu bermula 19 Jun 2010, jam 10.00 malam menerusi Astro RIA di saluran 104.
Buat pertama kalinya rancangan ini dihoskan oleh pengacara hebat Reza Mohamed dan digandingkan bersama pelakon terkenal Scha Al Yahya.


Pengurus Saluran Astro RIA; Puan Azlin Reza Azmi berkata, “Sebagai sebuah saluran yang memaparkan hiburan berterusan, kami tidak mahu terlepas pandang dalam menerbitkan sebuah lagi program hiburan bercorak kuiz permainan yang ringkas dan sesuai ditonton oleh semua golongan lapisan penonton.

Kata Kau merupakan sebuah lagi pertaruhan kami dalam memastikan para penonton setia di saluran ini terus dihiburkan dengan pelbagai jenis genre program. Pemilihan Reza dan Scha selaku pasangan pengacara dilihat amat sesuai dan bertepatan dengan konsep program yang mahu pendekatan segar dan bersahaja.”

Program ini menampilkan selebriti terkenal tanah air bersama pelanggan Astro yang bertuah apabila mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan berentap untuk menjawab pelbagai soalan yang akan dikemukakan.


Program selama 30 minit ini memaparkan 26 episod termasuk 1 episod khas Raya dan 1 episod khas Merdeka. Antara barisan artis yang akan memeriahkan program Kata Kau ialah seperti Pop Shuvit, Meet Uncle Hussin, Saida, Saerah, Zed Zaidi, Adam AF, Hafiz, Mila, Tomok, Black, Fiz Fairuz, Julia Zigler, Ainul Aishah, Marsha, Anding, Dafi, Edleen, Sherry Ibrahim, Zizan dan ramai lagi.

Pada setiap episod, sebanyak lima jenis permainan akan dimainkan secara rawak. Menariknya juga kuiz ini ialah apabila ia akan mengenakan ‘hukuman’ kepada setiap kumpulan yang kalah.

Di antara cabaran-cabaran yang menanti para peserta ialah meneka tajuk lagu melalui permainan Ringtone Rentong; meneka bahagian korus lagu Rock Melayu dalam permainan Bapak Kapak dan meneka lukisan karikatur penyanyi dan pelakon tanahair melalui Siapa Pulak Ni..? Sementara itu, permainan Ikut Suka Kau! akan menampilkan Angah, Azrul, Didie Alias sebagai 'penyanyi professional' yang akan menyanyikan lagu-lagu Melayu versi Inggeris dan lagu-lagu Inggeris versi Melayu. Peserta hanya perlu meneka tajuk lagu dan markah akan diberikan pada setiap jawapan yang betul.

Selain itu, terdapat banyak lagi permainan yang akan digunakan secara rawak seperti Masihkah Kau Ingat?, Video Songsang Baa.., CD Rongak, Ribut Petir Kebabom, Studio Berdengung dan Joget Spontan yang menjanjikan kelainan dan gelak ketawa bagi penonton Kata Kau.

Jangan Lupa saksikan selebriti kesayangan anda menerima “hukuman” dan keletah serta gelagat bersahaja Reza dan Scha dalam program Kata Kau pada setiap hari Sabtu bermula 19 Jun 2010 jam 10.00 malam menerusi Astro RIA di saluran 104.




edited by MHOT & rezakeyMGT