Wednesday, September 28, 2011

Reza Mohamed Tunai Impian Tubuh Studio Sendiri

Reza lega berjaya menunaikan impiannya untuk
memiliki studio sendiri. - Foto RAYMOND OOI

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
PETALING JAYA: Deejay radio Era FM, Reza Mohamed sudah mampu tersenyum lega apabila berjaya menunaikan impiannya untuk mempunyai studio sendiri sejak sebulan lalu.

Studio yang dinamakan Patung Studio itu disewa di Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur dengan bantuan rakan kongsinya, Sufi Abu Bakar, graduan dalam bidang tarian dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

“Saya mula bercita-cita untuk mempunyai studio sendiri sejak 16 tahun lalu iaitu usia saya dalam 17 tahun.

“Setakat ini, studio ini telah digunakan untuk latihan menari dan tidak lama lagi pengarah Erma Fatima akan menyewa studio ini untuk latihan lakonan.

“Bayarannya bergantung kepada masa dan jenis aktiviti yang dilakukan. Biasanya saya mengenakan sewa ruang studio itu RM25 untuk satu jam,” katanya kepada mStar Online.


Patung Studio

Studio yang ditubuhkan di bawah syarikatnya, Rezakey Management tersebut turut mempunyai tiga bilik termasuk bilik solat, tandas, bilik penyediaan makanan dan sebuah pejabat.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana doa dan niat saya dikabulkan Allah apabila dapat menubuhkan studio ini dengan hasil titik peluh sendiri.

“Sudah lumrahnya apabila melakukan perniagaan, pada mulanya pasti sukar untuk mendapat keuntungan. Biarpun risiko dan persaingannya tinggi, tetapi permintaan terhadap studio ini masih ada,” kata bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang kini dikenali sebagai Aswara itu.

Dalam perkembangan lain, dia yang telah berkhidmat sebagai deejay Era FM sejak Februari 2006 teringin untuk menerbitkan sebuah drama muzikal atau showcase tarian dan dijangka akan menyertai World Championships of Performing Arts (WCOPA) dan MyDance Festival.

3 comments:

  1. Kak Ida ucapkan tahniah dan all the besttt in your future.. So proud of you!!!!

    ReplyDelete
  2. tahniah sebab dah berjaya miliki studio sendiri,..buat la sekali studio tu untuk ajar menari kat org awam, confirm ramai join,.*dah lame teringin belajar menari,tapi belum kesampaian,huhu*

    ReplyDelete
  3. terima kasih mak dara & bella memang ada kelas pun..harap dapat like Patung Studio & RezakeyMGT kat fb k..read the info & let me know via email..thanx again!

    ReplyDelete