Tuesday, May 10, 2011

Arora Salwa: Nama Reza AF3 Memang Ada Dalam List

Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Photographer


KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2011: Pertemuan tanpa diduga di antara penyanyi yang baru meningkat naik, Arora Salwa dan penyampai radio Era, Reza atau Reza AF3 di café Ceria, Astro bulan lalu telah menimbulkan pelbagai spekulasi tentang hubungan yang terjalin di antara mereka.


Bermula dengan Lagu Ahmad nyanyian Arora yang dikatakan mempunyai kaitan dengan penyampai radio popular itu, mereka juga dikatakan telah menjalinkan hubungan yang agak rapat sehingga kelihatan begitu akrab di laman social, Twitter serta Facebook sejak akhir kebelakangan ini.


Bagi menjawab segala persoalan ini, portal murai.com.my segera mendapatkan penjelasan daripada Arora Salwa sendiri.


Begitupun, Arora telah menafikan bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Reza. Namun, pada waktu yang sama, dia turut menjelaskan bagaimana nama termasuk dalam senarai nama lelaki yang jadi pilihan pihak syarikat rakaman yang dinaunginya iaitu Sony Music Malaysia.


"Sebenarnya, sebelum keluar dengan Lagu Ahmad, pihak Sony Music Malaysia ada sediakan 40 nama lelaki lain untuk dipilih. Antaranya ialah Rizal, Faizal, Adi, Razak, Fitri serta Reza.


"Pemilihan kesemua nama ini dilakukan secara rawak. Namun, ia sama sekali tidak ada kaitan dengan mana-mana lelaki dalam hidup saya. Temasuklah penyampai radio Era, Reza sendiri.


"Bagaimanapun, saya telah diminta untuk merakamkan Ring Back Tone( RBT) untuk kesemua 40 nama lelaki yang telah disenaraikan itu untuk simpanan pihak syarikat rakaman.


"Kebetulan, Reza pula tahu bahawa namanya ada tersenarai dalam 40 nama-nama lelaki itu. Jadi,dia pun terus mendapatkan RBT itu dari pihak Sony Music Malaysia," jelasnya kepada murai.com.my


Dalam pada itu, Arora Salwa juga menyangkal dakwaan tentang kemesraannya yang terjalin dengan Reza AF3 di laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Menurut Arrora, lagi, individu yang berkomunikasi di laman sosial itu bukanlah dirinya, sebaliknya rakan yang dipertanggungjawabkan olehnya untuk mengendalikan kesemua akaun laman sosial tersebut.


"Bayangkanlah, saya hanya berjumpa dengan Reza pun hanya sekali sahaja. Waktu itu pun kebetulan terjumpa di café Astro. Dia yang mula menegur saya dan kami sempat berbual tetapi hanya sekejap sahaja kerana Reza mahu bergegas untuk sambung bertugas di kontinya.


"Kami tidak ada berhubung pun selepas itu. Saya pun tak tahu apa yang terjadi selepas itu. Rupa-rupanya, rakan saya yang dipertanggungjawabkan untuk monitor laman sosial Twitter milik saya itu telah berhubung dengan Reza AF3 melalui Twitter. Padahal saya sendiri tidak tahu untuk menggunakan Twiiter ketika itu.


"Jadi, lepas mengetahui hal tersebut, saya sudahpun mengambil alih untuk monitor semula akaun Twitter saya. Saya juga telah meminta maaf kepada Reza dan sudah pun menjelaskan kepadanya bahawa yang berkomunikasi dengannya itu bukan saya tetapi orang lain," katanya lagi.


Tambah Arora lagi, selepas kejadian itu dia pun sudah memaafkan rakannya itu dan kini lebih berhati-hati untuk mempercayai orang lain biarpun rakannya sendiri.


Mengenai perkembahangn terbaru Arora, dia kini sedang mula menceburi bidang lakonan dan sedang menjayakan pengggambaran untuk drama pertamanya yang berjudul, Satria Mega untuk siaran televisyen RTM.

Tuesday, April 19, 2011

Apa Sebenarnya Hubungan Reza Era, Arrora Salwa?



19 APRIL 2011: Dah lama sangat Murai Batu cerita pasal perihal penyampai radio, Reza Era dengan penyanyi cantik yang bernama Arrora Salwa. Tapi, disebabkan banyak sangat isu-isu lain yang berlaku, jadi fokus Murai Batu kat diaorang terus hilang buat seketika.


Sampailah Murai Batu terdengar lagu yang berjudul Lagu Ahmad. Sedap betul lagu tu. Bila Murai batu hayati lagu ni betul-betul, Murai Batu terdengar bait-bait perkataan Ahmad Reza disebut berulangkali.


Nama Ahmad itu mungkin sengaja diletakkan kerana ia berbunyi agak universal. Tapi, macam mana pulak dengan Reza? Adakah, ianya mempunyai kena-mengena dengan Reza Era. Lebih-lebih lagi pulak bila ada di antara bait-bait lirik itu yang menyentuh tentang seseorang yang popular serta menjadi idola.


Entahlah, Murai Batu mungkin salah. Tapi, Murai Batu dapat tahu hubungan Reza Era dengan Arora Salwa tu pun boleh tahan rapat jugak. Selalu jugaklah diaorang tu bertwitter.


Mungkin, itu bukanlah satu bukti yang kukuh yang boleh mengatakan bahawa hubungan diaorang tu lebih daripada sekadar kawan. Tetapi, yang musykilnya, cara diaorang bertwitter tu lain macam sikitlah. Macam lebih daripada kawan.


Satu lagi, gambar mereka berdua pun boleh dilihat di dalam Blackberry. Siap ambil gambar berdua pulak. Jaranglah Murai Batu tengok si Reza ni ambil gambar macam tu dengan mana-mana perempuan.


Adakah Arora Salwa gadis yang telah berjaya mencairkan hati lelakinya? Murai Batu nak tunggu pengakuan Reza Era dan Arora Salwa!

Monday, April 18, 2011

Hubungan seperti adik-beradik

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL


Gambar JEFFRI IRAN


HUBUNGAN Aznil dengan bekas alumni Akademi Fantasia ini sudah menjadi seperti adik-beradik.

TIADA siapa menyangka Akademi Fantasia (AF) yang mula diperkenalkan Astro pada tahun 2003 telah mencipta fenomena baru dalam industri penyiaran negara.


Harus diakui, perjalanan AF sebenarnya banyak dihidupkan oleh pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi selama lima musim dia mengendalikan AF dari tahun 2003 hingga 2007.


Malah, Aznil sendiri mengakui AF telah mengubah hidupnya secara total dan terus mengangkat namanya di puncak tertinggi seperti mana hari ini.


Kini, selepas tiga musim 'berehat' dan menjadi pemerhati, Aznil kembali mengemudikan rancangan kegemaran ramai itu untuk musim kesembilan yang juga merupakan AF yang terakhir.


Untuk itu, Hits memberikan penghormatan kepada pengacara unggul negara ini dengan mengadakan sesi fotografi khas bersama lima alumni AF yang dipilih sendiri oleh Aznil.


Mereka yang dimaksudkan ialah Nurul Hana Che Mahazan atau Nana dari AF1, Ahmad Zahid Baharuddin (Zahid - juara AF2), Syaiful Reza Mohamed (Reza Mohamed - AF3) serta juara dan bekas peserta AF5, Noorsyarmilla Jirin (Mila Jirin) dan Muhammad Aizat Amdan (Aizat).


"Jujurnya, memang sukar untuk saya membuat pilihan. Namun saya melihat sesuatu yang istimewa dalam diri mereka yang membuatkan saya tidak teragak-agak untuk memilih mereka dalam sesi fotografi ini.


"Hubungan kami yang rapat itu juga telah menjadikan kami seperti adik-beradik," kata Aznil tanpa selindung.

Tuesday, February 8, 2011

Penyampai Radio Calon Hos AF9?

Penyampai Radio Era Calon Hos AF9?

Farid Diana Bertunang Atau Dah Putus Cinta

KL, 28 JAN 2011:

Tika dan saat ini, ramai orang bertanya kepada teman baik Murai Batu tentang kebenaran penyanyi dan pencetus kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani yang dikatakan bakal mengemudi Akademi Fantasia 9 (AF9) sebagai pengetua.

Namun, Murai Batu masih belum menerima kata putus dari pihak produksi akan hal ini walaupun sudah ada yang berani berbicara bahawa Ahmad Dhani adalah orangnya.

Selain heboh bercerita tentang pengetua AF9, ada juga yang dengan beraninya menghebahkan kepada orang ramai bahawa pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Hj Nawawi akan kembali menjadi hos untuk AF9.

Malah, hebahan berani mati ini bukanlah sengaja dibuat kerana ia terpancul sebaik saja selepas sidang media uji bakat AF9 yang nyata telah memberi banyak pembayang tentang kembalinya pengacara paling hebat di Malaysia itu di lantai AF.

Bagaimanapun, Murai Batu juga terdengar Zizan Raja Lawak yang berjaya menewaskan Aznil dalam sebuah majlis anugerah baru-baru ini, turut dicanang sebagai hos AF9.

Apapun, ia bukanlah penguat cerita untuk sesiapa saja mengesahkan hal ini, memandangkan pihak produksi masih bermain tarik tali dalam soal pemilihan pengacara.

Terdengar juga khabar angin bahawa 3 lagi penyampai Era juga tersenarai sebagai pengacara program realiti popular berkenaan.

Malah, nama yang paling terbiasa di calonkan adala Reza Mohamed yang kini sibuk dengan program Pilih Kasih. Bagaimanapun, kemungkinan besar bukan Reza kerana khabarnya Reza sibuk dengan program lain sewaktu AF9 mula disiarkan nanti.

Mungkin juga pasangan Pak Nil menerusi Riuh Pagi Era iaitu Ray dan Haniff adalah nama yang paling rapat untuk dicalonkan sebagai hos AF9. Namun, gandingan ini bukanlah menjadi hos utama tetapi sekadar hos Diari AF9.

Alahai, tak kiralah sesiapa pun pengacara sebenar AF9. Tapi apa yang pasti Murai Batu harapkan individu ini nanti akan dapat memberi impak baik buat dirinya serta AF9. Jangan jadi lupa diri sudahlah.

MURAI BATU: Kalau bukan mereka, masih ramai lagi pengacara berbakat tetapi kurang popular yang boleh mengacarakan AF9. Tapi siapa orangnya?


Monday, December 20, 2010

Reza bakal pengacara AF9?




Oleh Zaidi Mohamad 2010/12/19

Bersyukur rezeki di bidang pengacaraan semakin murah

TAHUN lalu, jejak kelahiran Sibu, Sarawak ini bergandingan dengan Raja Azura mengendalikan program kebanggaan Rosyam Nor, Pilih Kasih. Tapi untuk Pilih Kasih musim kedua bersiaran 11 Disember lalu, Reza bersendirian tanpa ditemani sesiapapun berbanding musim lalu dia mengemudi program itu bersama Raja Azura.

Jangan ditanya sebab ketiadaan pengacara stesen radio nombor satu itu dalam program Pilih Kasih tahun ini kerana Reza tidak ada jawapannya, lalu meminta ditanya saja kepada pihak produksi. Apa yang lebih utama buat pemilik bernama penuh Syaiful Reza Mohamed itu ialah untuk menggalas tanggung jawab mengacarakan Pilih Kasih sebaik mungkin.

“Saya berterima kasih dan bersyukur kerana masih dikekalkan untuk meneruskan mandat sebagai pengacara Pilih Kasih 2. Bagi saya tak kisahlah mengacara bersendirian atau berdua kerana masing-masing memberikan keghairahan tersendiri.

“Tapi kalau mengacara secara solo mungkin lebih banyak kerja berbanding bergandingan. Keterujaan saya juga lebih untuk musim kedua ini. Alhamdulillah rating musim pertama juga membanggakan dan harapnya yang kedua ini juga akan memberi dimensi baru untuk arena seni kita,” kata Reza yang pernah mengacarakan program Katakau dan Kelab Pop.

Selain bergelar pengacara dan bekerja di konti radio, Reza memberitahu dunia nyanyian masih tetap di hati. Sekalipun tidak berpeluang atau bermimpi menghasilkan sebuah album, si petah berbicara ini masih memenuhi undangan membuat persembahan bersama Astro dan syarikat tertentu.

Dalam perkembangan lain, nama Reza turut dikatakan antara calon yang bakal mengemudi Akademi Fantasia musim kesembilan. Bagaimanapun Reza, enggan memberi komen lanjut terhadap perkara yang belum pasti. Cuma yang boleh disahkan Reza ialah mengenai program Katakau yang bakal disambung pada tahun depan. “Mengenai AF9 itu saya ada mendengar ura-ura saja. Tapi saya sendiri belum pasti kesahihannya. Kalau betul dan ada rezeki, saya bersyukur. Lagipun, itu juga tanda saya memberi sokongan kepada program yang pernah mencungkil bakat saya,” kata Reza yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim ketiga.

Lima tahun membabitkan diri dalam dunia penyiaran di stesen radio ERA, lelaki berusia 32 tahun ini terus tegar meneruskan survivalnya. Sekalipun datang pelbagai dugaan dan kontroversi yang memalit namanya, Reza hanya mampu bersabar kerana semua itu dianggap lumrah yang perlu ditelan.

Malah hingga kini orientasi dirinya juga masih menjadi tanda tanya. Kata Reza, perkara sebegitu hanya subjektif dan tidak boleh dinilai dengan mata kasar. Sebagai manusia biasa, Reza hanya mampu menjawab persoalan yang diaju.

“Pelbagai dugaan yang saya sudah lalui. Saya hanya mampu membiarkan saja tanpa langsung menjadi kudis. Saya lebih tahu siapa diri saya. Bunyi macam klise, tapi orang di luar boleh terus menghakimi saya. Cuma saya tak nafikan persoalan orientasi diri saya itu sering mengundang teka-teki.

“Apabila orang terus bertanya mengenai perihal itu, saya akan beri jawapan yang sama. Terimalah saya seadanya. Pada satu peringkat, ia jadi menyakitkan hati. Tapi tak apalah, saya tak boleh halang orang daripada terus berkata-kata,” katanya yang mengendalikan segmen Petang ERA bersama Adi Fashla.

Profil Nama penuh: Syaiful Reza Mohamed
Nama komersial: Reza Mohamed
Tarikh lahir: 25 Ogos
Tempat lahir: Lau King Howe Hospital, Sibu, Sarawak
Zodiak: Virgo

Wednesday, December 15, 2010

PILIH KASIH-MINGGU – PENGENALAN

PILIH KASIH telah memilih Eirma Fatima dan Aziz M Osman sebagai tenaga pengajar untuk PILIH KASIH musim kedua ini. Kredibiliti Eirma Fatima sudah semestinya untuk menerajui persembahan teater manakala Aziz M Osman akan menjadi pengarah untuk drama pendek.


PILIH KASIH juga turut menjemput Fatimah Abu Bakar dan Dt. Dr. Ibrahim dari Aura Seri untuk minggu orentasi. Tujuannya untuk memastikan peserta PILIH KASIH musim kedua ini mempunyai sedikit pemahaman dan juga keyakinan untuk menghadapi sesi seterusnya.


Untuk musim kedua ini, PILIH KASIH telah menukar format iaitu hanya 16 peserta yang dipilih berbanding musim pertama yang memilih 20 peserta. Perubahan ini adalah untuk memberi lebih tumpuan kepada peserta agar bakat mereka dapat dinilai dengan lebih mendalam lagi. Mereka akan mula melaporkan diri pada 27 November 2010 ini dan majlis sidang media untuk memperkenalkan peserta-peserta musim kedua ini akan diadakan pada 2 Disember 2010 di restoran Sri Melayu Jalan Conlay..


Untuk tahun ini, PILIH KASIH masih mengekalkan Reza Mohamed (Radio ERA) sebagai pengacara untuk siaran langsung, tetapi Reza akan bersendirian berbeza dengan musim pertama yang mana beliau bergandingan dengan Raja Azura. Manakala jurnal PILIH KASIH akan dikendalikan oleh Eisya (Selamat Pagi Malaysia RTM) menggantikan Pansha Rahim yang kini lebih member tumpuan pada bidang lakonan.. Tahun ini PILIH KASIH mengekalkan Dr.Abu Hassan (Universiti Malaya) sebagai juri tetap bergandingan dengan Fauziah Nawi.


PILIH KASIH akan bersiaran secara langsung bermula pada 11 Disember 2010 (Sabtu-8.30malam) di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, (RTM) Negeri Sembilan hingga 19 Februari 2011 dan boleh diikuti siarannya di TV2. 12 peserta adalah pilihan juri manakali 4 lagi adalah melalui undian SMS.

Nama peserta undian SMS:


Perempuan:
Nurul Hidayah Bt Ishak
Norsita Bt Ismail
Selva Kumary Suppiah
Sharifah Zakiah Bt Syed Hashim Al Khred

Lelaki:
Mohd Raffie Bin Karama
Mohamad Ghazali Bin Jeman
Muhammad Syafiq Bin Shamsuddin
Mohd Syafiq Shamim Bin Abdul Razak
Hanya 4 orang sahaja yang akan terpilih bergantung pada undian penonton.