Thursday, April 30, 2009

Ending the month of April 2009

























































































































Assalamualaikum w.b.t and greetings to all...

I know its been days since the last posting, however, a thousand apologies I would like to ask from all. :)

Before we continue further, this blog will be in both language English and Bahasa Malaysia. It will not be a formal blog and all comments are welcome. For the closing of April, attached below are the snippets of whats happening during the month and pictures are the story teller. There will be a special edition of article on Reza and date with Dental Pro...
NOTE : Anyone wishes to use the photos from this blog, kindly credit monyethouseoftalent.blogspot.com. Your cooperation is highly appreciated. We wish not to bug anyone for misuse of the pics.

Thanks and enjoy the day...cherio...






























Thursday, April 23, 2009

Media Hiburan - upclose and personal with Cael




Greetings....

Want to know more, dapatkan Media Hiburan sekarang...cherio...

Article Kak Engku and Reza - word of praise...

Greetings to all....

Below is the article taken from Harian Metro about Pilih Kasih and comments of Kak Engku about Reza. Moral of the story, work hard, show interests, respect the seniors and be humble. Enjoy ...cherio

Kak Engku, Reza gamatkan Pilih Kasih
Oleh Sakini Mohd Saidsakini@hmetro.com

PENGALAMAN dimiliki kedua-duanya, bezanya bagai langit dengan bumi, namun itu bukan halangan untuk menyatukan gandingan ini. Mana tidaknya, seorang masih baru dalam bidang hiburan manakala seorang lagi sudah mengecapi erti populariti yang sebenar.
Bagaimanapun, semua itu tidak menjadi halangan buat Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin atau Kak Engku dan penyampai radio Era, Syaiful Reza Mohamed (Reza) berganding dalam program realiti untuk mencari pelapis pelakon, berjudul Pilih Kasih.Sudah tentu gandingan baru dan pengalaman ini akan menjanjikan satu kelainan serta mampu menggamatkan suasana program realiti terbaru itu.Kak Engku dan Reza menerima lamaran Rosyam Nor bagi mengendalikan rancangan realiti terbaru mencari bakat dalam bidang lakonan, Pilih Kasih yang bakal bersiaran Jun ini.Pilih Kasih akan disiarkan di TV2, jam 8.30 malam apabila rancangan siaran langsung dikendalikan Kak Engku dan Reza sementara laporan harian dikendalikan Pasha Abdul Rahim.

Menurut Kak Engku, dia pertama kali bergandingan dengan Reza bagi program realiti itu dan perkenalan seketika sudah cukup membuatkan mereka serasi."Kami cepat serasi kerana Reza bersikap terbuka, aktif dan rajin. Kerajinan serta sikapnya yang menghormati saya sebagai artis senior dan individu berumur membuatkan saya selesa bekerja dengannya."Pertama kali bergandingan dengan Reza pada majlis pelancaran program realiti lakonan itu, Reza sudah menyediakan skrip dan meminta pandangan saya sama ada skrip itu perlukan perubahan atau tidak."Saya lihat dia kuat berusaha serta bersedia menerima kritikan dan ini membuatkan kami cepat mesra," katanya.

Kata Kak Engku, pada awalnya dia hampir menolak tawaran itu kerana bimbang tidak mampu melakukannya berikutan mempunyai jadual yang ketat. Namun, setelah beberapa kali dipujuk Rosyam akhirnya Kak Engku bersetuju menerima tawaran itu kerana dia hanya mengendalikan siaran langsung.

"Lagipun, Rosyam sudah berjanji dengan saya untuk menghantar e-mel mengenai aktiviti program dua hari sebelum berlangsungnya Pilih Kasih dan ini sedikit sebanyak membantu mengacarakan rancangan itu," katanya.

Bagi Reza pula, mengendalikan program itu bersama Kak Engku dianggap satu peluang keemasan yang tidak akan dilepaskan."Saya gembira dan teruja apabila diberitahu akan digandingkan dengan Kak Engku dalam program Pilih Kasih kerana dia pengacara yang saya jadikan rujukan."Walaupun Kak Engku seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang pengacaraan, namun dia tidak pernah kedekut ilmu dan membantu saya jika tidak memahami sesuatu perkara."Kami sama-sama bersikap terbuka dan petah bercakap, jadi saya dapat rasakan keseronokan apabila dapat mengacarakan program ini bersama Kak Engku," kata Reza.

Monday, April 20, 2009

long pause , replaced with Pancaindera article


Greetings to all,


Attached is the article taken from Utusan - Pancaindera dated 190409 and will update more with more pics and stories soon.


Till then, cherio...

ARKIB : 19/04/2009
Cabaran tiga Pengacara Pilih Kasih
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAATFoto HALIM KHALID
Reza (dari kiri), Raja Azura dan Pasha.

SATU lagi fenomena yang melanda industri kreatif negara apabila sebuah program berkonsepkan realiti, Pilih Kasih diterbitkan tidak lama lagi. Program yang akan ditayangkan di RTM 2 itu menekankan aspek seni lakonan sebagai aset persembahan apabila 20 peserta berbakat diserap untuk mengikuti pengajian di akademi tersebut.
Program yang pertama kali diterbitkan di Malaysia ini akan menggabungkan tiga pengacara muka lama dan baru iaitu Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin (Raja Azura) dan Syaiful Reza Mohamed Reza (Reza) untuk siaran perdana manakala Pasha Abdul Rahim (Pasha) bagi jurnal harian.
Pengacara Raja Azura, 37, menyifatkan tanggungjawab yang dipikulnya kali ini amat berat berbanding program yang pernah dikendalikannya sebelum ini. Ini kerana program ini berkait rapat dengan bakat seseorang yang mengetengahkan seni lakonan peserta dan perlu penyelidikan yang lebih.
Apatah lagi untuk mengacara program secara langsung, Raja Azura yang mesra dengan gelaran Kak Engku juga perlu cekap, bijak dan peka dengan suasana yang berlaku semasa program yang berlangsung setiap hujung minggu itu.
“Debaran untuk mengendalikan program ini juga berbeza. Secara peribadi saya merasakan ia adalah cabaran baru dalam kerjaya apabila sudah berkecimpung lebih 20 tahun dalam bidang pengacaraan. Ia tidak seperti mengacara program berunsurkan muzik kerana mengenai hasil lakonan pesertanya,” katanya dalam pertemuan di Chilis, Pusat Membeli Belah Bangsar.
Raja Azura menambah, sebagai pengantara, beliau sendiri juga perlu memberi penilaian menerusi lakonan drama bersiri, monolog dan teater muzikal peserta sepanjang program itu berlangsung dan perlu memastikan terdapat pertalian agar rancangan itu tidak nampak janggal.
Bercerita tentang dunia pengacaraan, apa menjadi kebimbangan semua pengantara adalah dirinya dipersalahkan sekiranya program itu tidak mendapat sambutan atau mendapat kritikan daripada orang ramai walaupun kesilapan bukan berpunca daripadanya.
Sikap berkenaan yang menyebabkan karier seseorang pengacara itu ‘mati’ apabila kesalahan yang kecil itu menjadi ingatan dan diperkatakan sedangkan mereka mempunyai bakat besar untuk disumbangkan dalam industri seni tanah air.
Mengenai gabungan pengacara lama dan baru, Reza yang juga penyampai Radio Era FM ini amat berbesar hati apabila diberitahu menjadi pasangan mengacara bersama Raja Azura dalam program berkenaan. Perasaan gugup dan gelisah terbit pada mulanya tetapi memandangkan pengalaman gandingan itu amat berharga, maka ia dilupakan.
“Sebelum ini, kami hanya bertegur sapa kerana bekerja di tempat yang sama kerana masing-masing sibuk mengejar masa. Tetapi tidak sangka, program Pilih Kasih ini menyatukan kami dan yang pastinya, saya yang paling beruntung kerana dapat menuntut ilmu tentang dunia pengacaraan dengan Kak Engku,” kata anak muda berusia 31 tahun ini.
Beliau percaya sikap terbuka Kak Engku dan kesediaannya untuk berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar sekiranya diperlukan dapat menjayakan program tersebut.
Pelakon filem Maut ini juga mempunyai pengalaman dalam lakonan teater dan bersedia menerima cabaran menjadi pengacara program secara langsung kerana ia merupakan satu pengalaman berharga buat dirinya.
“Saya tidak memikirkan sangat tentang bayaran kerana apa yang penting nilai bagi pengalaman yang akan dimiliki sekiranya kita mendapat pendedahan mengendalikan satu program secara langsung. Ia juga sekali gus dapat menaikkan darjat seseorang artis menjadi lebih serba boleh di mata masyarakat,” jelasnya.
Bagi pendatang baru dalam bidang pengacaraan, Pasha, 22, pula tidak pernah merasa rendah diri bekerja dengan pengacara yang lebih senior daripadanya. Baginya, apa yang perlu dilakukan adalah kerja keras dalam memastikan mutu pengacaraannya setanding dengan mereka berdua.
Graduan Diploma Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, dia juga akan menjadikan program Pilih Kasih berbeza dengan rancangan realiti yang ada di negara serta mempunyai pengikut tersendiri.
“Pengacaraan bukan satu perkara yang boleh diambil mudah kerana individu terlibat perlu mempunyai pengetahuan am yang luas dan butiran fakta yang jelas, tepat dan padat. Mereka juga perlu melakukan penambahbaikan agar persembahan tidak bosan dan kesalahan yang sama tidak berulang,” kata anak kelahiran Klang ini.
Program Pilih Kasih diilhamkan sebagai sebuah platform untuk melatih bakat-bakat baru menceburi bidang seni lakon. Ia diterbitkan ekoran kesedaran untuk memberi peluang, ruang dan batu loncatan kepada rakyat Malaysia untuk mengasah bakat mereka dalam seni lakonan.
Lima peserta akhir program itu berpeluang menjadi melakonkan watak utama dalam filem Kekasih diarahkan Bade Azmi.

Sunday, April 12, 2009

more write ups...







Dear All,

Again apologies on the long paused. Here are updates for all and enjoy.

Hint hint : Reza will be in Bangsar area for photoshoots and reviews...(Tuesday & Wednesday 14&15 April 2009)
Till then, cherio...

ROSYAM MENCARI KEKASIH
Oleh HARYATI KARIM
Tidak salah kalau dikatakan penonton tempatan sudah 'kenyang' disogok dengan pelbagai program realiti televisyen berasaskan bidang nyanyian.
Boleh dikatakan setiap saluran televisyen di Malaysia mempunyai program realitinya sendiri. Mungkin ada penonton yang sudah naik muak dengan konsepnya sehinggakan ada segelintir penyanyi yang lahir daripada program sebegini tidak mampu pergi jauh.
Meskipun begitu, jika kena dengan gaya dan corak persembahan program realiti pasti mendapat sambutan. Mungkin itulah yang bermain di benak penerbit dan pelakon terkenal Rosyam Nor apabila dia nekad untuk menerbitkan sebuah program realiti berjudul Pilih Kasih.
Program realiti yang diterbitkan oleh Suhan Movies Sdn. Bhd., itu bakal melahirkan pelakon berbakat apabila pemenang program akan diserap untuk melakonkan watak utama dalam filem pertamanya yang berjudul Kekasih.
Menurut Rosyam yang juga Pengarah Urusan Suhan Movies, tujuannya menerbitkan program realiti ini bukannya untuk mengaut keuntungan tetapi lebih kepada memartabatkan industri seni lakonan tempatan.
"Saya sudah berada dalam bidang lakonan hampir 25 tahun, dan hari ini saya lihat kita kurang pelakon pelapis, buka televisyen dan tengok filem, balik-balik muka pelakon yang sama sahaja.
"Malaysia bukan tiada bakat, tetapi mereka yang mempunyai bakat tidak tahu ke mana hala tuju yang harus dibawa untuk menjadi seorang pelakon," ujarnya.
Kata Rosyam lagi, idea untuk menerbitkan program ini timbul sejak setahun yang lalu apabila dia merancang untuk menerbitkan filem Kekasih.
Namun, setelah membuat penelitian dan menyedari sambutan suram peminat terhadap filem tempatan, dia dan teman rapat yang juga seorang pengarah berkaliber, Bade Hj. Azmi mula mendapat idea untuk menghasilkan program realiti ini.
"Sebenarnya, selain mencari bakat baru, secara tidak langsung ia telah memberi publisiti yang meluas untuk filem Kekasih yang akan diarah oleh Bade.
"Kita bukan mencari seorang pelakon sahaja, tetapi lima pelakon untuk lima watak utama filem ini. Skripnya pula akan dibuat sejurus program ini berakhir untuk melihat kesesuaian pelakon yang terpilih," terangnya.
Sama seperti program realiti yang lain, program ini turut mempunyai sesi penyingkiran peserta berdasarkan undian pesanan khidmat ringkas (SMS) tetapi uniknya, keputusan mutlak berada di tangan Rosyam sendiri.
Beritahunya, seramai 20 orang peserta yang akan dipilih menerusi sesi uji bakat yang akan diadakan di seluruh negara, dan setiap minggu dua peserta yang mempunyai markah terendah akan ditentukan nasib oleh Rosyam.
"Saya bukannya nak membelakangi penonton tetapi dengan cara itu saya tahu cita rasa penonton tetapi saya pula kena nilai daripada segi bakat. Antara dua peserta yang tercorot, saya hanya pilih seorang untuk disingkirkan.
"Tetapi itu bukan bermakna harapan mereka berakhir, kesemua 20 peserta yang terpilih itu walaupun tidak menang akan diserap dalam filem atau drama terbitan saya dan juga mana-mana produksi yang akan menyiarkan drama mereka di RTM.
"Saya tidak mahu bakat yang mereka miliki terbiar begitu sahaja. Mereka yang terpilih akan diajar asas lakonan oleh mereka yang mempunyai pengalaman dan didedahkan dengan dunia lakonan yang sebenar oleh pengarah dan pelakon tempatan.
"Jadi melalui cara itu peserta dan penonton boleh lihat sendiri betapa sukarnya untuk menjadi seorang pelakon. Kalau tidak digunakan bakat mereka itu satu pembaziran," luahnya ketika ditemui di majlis pelancaran Pilih Kasih baru-baru ini di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan yang turut dihadiri Ketua Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahya.
Tambahnya, program ini umpama sebuah akademi lakonan kerana setiap peserta akan didedahkan dengan rutin sebenar seorang pelakon apabila mereka akan menjalani penggambaran setiap minggu di bawah pengawasan pengarah, Along Kamaruddin dan Amy Maziah.
Peserta juga akan didedahkan dengan kelas lakonan di bawah beberapa orang tenaga pengajar termasuk Erma Fatima yang akan mengendalikan kelas drama muzikal dan di sini memerlukan peserta yang menghadiri uji bakat harus mempunyai bakat lakonan dan nyanyian.
Pilih Kasih juga akan memaparkan aktiviti harian peserta menerusi Jurnal Harian yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat sepanjang 12 minggu selama 30 minit.
Bagi Tayangan Perdana yang ditayangkan selama 90 minit akan menemui penonton pada setiap hujung minggu menyaksikan peserta mempertaruhkan bakat untuk mengekalkan kedudukan menerusi tiga tugasan iaitu filem pendek, teater muzikal dan lakonan menolong.
Memantapkan lagi program ini, Raja Azura dan Reza menjadi pengacara untuk Tayangan Perdana dan bakat baru, Pasha Abdul Rahim akan mengendalikan Jurnal Harian.Program yang mendapat tajaan Telekom Malaysia ini akan bersiaran di TV2 bermula pada 11 April, 8.30 malam (uji bakat), 25 Mei, 4.30 petang (Jurnal Harian), dan Tayangan Perdana yang disiarkan secara langsung bermula 6 Jun, pukul 8.30 malam.


Pak Nil, Zainal Alam Bantu Reza
Teks oleh Haswari Ali
KL, 8 APRIL 2009: Rezeki yang datang kepadanya kian mencurah-curah. Dari dalam konti radio Era.FM, bakat Reza Mohamed semakin menyerlah sebagai hos rancangan bercorak game show terbitan Astro iaitu Kelab Pop.Memasuki musim ke-3 dan 4, Kelab Pop yang ditayangkan di Astro Ria dilihat semakin matang dan semakin berjaya dalam menampilkan ramai selebriti hebat tanah air. Namun bagi Reza, semakin kuat juga cabaran mendatang. Apatah lagi perlu bijak menangani pelbagai kerenah artis jemputan dan situasi semasa supaya rancangan berkenaan sentiasa berada dalam keadaan terkawal tetapi masih menghiburkan.Oleh yang demikian, kemahiran 2 pengacara berpengalaman seperti Aznil Haji Nawawi (Pak Nil) dan Zainal Alam Kadir diperlukan Reza dalam memastikan tugasnya itu berjalan dengan lancar.
Ditemui ketika rakaman Kelab Pop di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, baru-baru ini, Reza mengakui, dua rakan beliau itu telah banyak membantunya dalam melunaskan kerjayanya sebagai pengacara. "Berbanding ketika mengendalikan Durian Runtuh di awal pembabitan saya dulu, Kelab Pop membabitkan interaksi bersama peserta di dalam studio. Oleh yang demikian, saya perlu bijak mengawal situasi di dalam studio."Bayangkan dalam jangkamasa setengah jam, pelbagai perkara boleh berlaku dan ketika itulah peranan saya diperlukan bagi mengawal situasi dan keadaan agar terus berjalan dengan baik. Nasib baiklah dorongan Pak Nil dan Zainal Alam banyak membantu dan mengajar saya supaya bijak mengawal situasi sepanjang rakaman berjalan. "Maklum sajalah Kelab Pop menyenaraikan ramai artis dan satu tanggungjawab besar untuk saya mengawal mereka. Terima kasih kepada Pak Nil dan Zainal Alam untuk membawa saya sehingga ke tahap ini," katanya.Musim ke-3 dan ke-4, menyenaraikan nama-nama popular seperti Mawi, Abby Abadi, Linda Onn, Nora Danish, Nila Kurnia, Nana, Mr Os, Accapan, Kenchana Dewi, termasuk artis dari seberang Letto dan Afghan.Kelab Pop yang diterbitkan oleh Sazilatul Ahamad turut mengundang portal murai.com.my sebagai peserta yang bertanding dengan tiga artis kontroversi, Linda Onn, Abby Abadi dan Zarina.Sementara itu, Kelab Pop yang akan memulakan tayangannya Mei ini telah menjalani beberapa pembaharuan dari segi penyertaan dan perubahan beberapa segmen. Antaranya segmen Suara Buluh Kasap yang menampilkan gadis Russia yang tidak tahu berbahasa Malaysia namun menyanyi dengan melodi yang didengar daripada alat pendengar. Dalam segmen ini, peserta perlu meneka lagu yang dinyanyikan.Beberapa segmen menarik seperti Pop Berantai, CD Rosak, Runut Bunyi, Budak Baru Belajar, Goreng Kaw Kaw, Versi Versus, Sekalijehit!, Biar Betul bagi soalan dan jawapan permainan terkandung dalam program ini. Selain itu, Karaoke Maut dan Humming adalah untuk permainan aksi berpasukan manakala Permainan Baru membabitkan Buskers, Tiru Macam Saya dan Mr Saxophone."Sebagai pengacara, saya perlu memastikan perjalanan program berjalan lancar, malah saya perlu memastikan masa yang diberikan mencukupi untuk memberi soalan kepada peserta. "Saya juga seronok kerana diberi peluang mengacarakan program ini untuk musim kedua. Selain mengacara, saya turut berkongsi idea menghasilkan beberapa segmen permainan baru sebagai tarikan untuk program ini," katanya.Info Kelab Pop
Nama program: Kelab PopPenerbit: Sazilatul AhamadPenerbit Eksekutif: Nizam HamidPengacara: Reza MohamedTarikh siaran : Setiap Rabu, jam 9 malam (bermula 20 Mei 2009)Saluran: Astro Ria (Saluran 104)

(REZA'S WARDROBE BY POA)

Wednesday, April 8, 2009

kosmo write up bout Reza Mohamed 30th March 2009





STAILO
Menuai hasil program realiti
Oleh IZYAN LIYANA MOHD.DARIF


izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my


Reza berpendapat masyarakat Malaysia lebih cenderung menonton program realiti yang berbentuk hiburan.
REZA antara anak seni yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia.

KECUNDANG pada konsert kelima Akademi Fantasia 3 (AF3) selepas mendendangkan lagu, Ala Emak Kahwinkan Aku, jejaka setinggi 170 sentimeter ini langsung tidak mempamerkan kekecewaan.
Sebaliknya, dia tersenyum lega kerana berjaya mempamerkan persembahan yang bertenaga dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.
Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Memiliki perwatakan bersahaja, bijak berkata-kata dan yakin diri ketika beraksi di pentas membuatkan Reza atau nama sebenarnya Syaiful Reza Mohamed, tidak putus-putus menerima tawaran.
"Saya bersyukur kerana AF3 telah membantu saya mengorak langkah dalam pelbagai bidang seni. Saya juga terharu apabila pihak radio Era mempercayai kebolehan dan bakat yang saya miliki. Kini, hampir dua tahun saya berkhidmat di radio No.1 negara," tutur Reza ketika ditemui Stailo di Studio Utusan, Kuala Lumpur.

Seperti yang diketahui umum, jejaka yang gemar berfesyen itu bukan sahaja bergelar penyampai radio, malah dia turut berkecimpung dalam bidang lakonan, alih suara dan sebagai pengacara rancangan Kelab Pop.
Terbaru, kemunculan Akademi Fantasia musim ketujuh yang kini sedang ditayangkan di stesen televisyen satelit, Astro, sekali lagi kita menyaksikan kemunculan wajah anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu di saluran tersebut.
Menerusi rancangan itu, Reza mengendalikan rancangan mingguan Diari EXT AF7 yang memaparkan pelbagai kisah dan isu-isu menarik berhubung dengan program AF musim tersebut.
"Tidak penat ke dengan lambakan tugas?" soal penulis kepadanya.
Jawabnya: "Memang penat. Ini kerana bukan mudah menguruskan pelbagai tugasan yang kadangkala perlu dilakukan pada hari yang sama. Mujur jadual harian saya diuruskan secara sistematik dan sempurna oleh pembantu peribadi.
"Ini penting supaya saya tidak menyusahkan pihak lain. Walau penat sekalipun, saya tetap melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. Waktu muda inilah, saya harus mencari rezeki untuk jaminan masa depan," jelas Reza yang bercita-cita menjadi usahawan yang berjaya.
Sebelum menamatkan bicara, graduan lulusan komunikasi massa itu sempat mengingatkan peminat setia AF supaya tidak ketinggalan menonton AF7 pada setiap minggu.

Tuesday, April 7, 2009

Articles from Berita Harian 7th April 2009 & gua.com.my 6th April 2009







Greetings to all...

Not much to write but sharing the articles about Pilih Kasih programme which Reza is hosting with Kak Engku.

Enjoy and till then, cherio.


Rosyam terbitkan Pilih Kasih -Oleh Zul Husni Abdul Hamidzhusni@bharian.com.my


Program realiti TV cungkil bakat baru dalam bidang lakonanPENGALAMAN lebih dua dekad, selain merangkul pelbagai pengiktirafan terbaik dan popular, profil seni aktor berwibawa, Rosyam Nor diperkasakan bersama misi baru menerusi program realiti, Pilih Kasih. Idea menerbitkan program Pilih Kasih itu lahir ekoran kesedaran untuk memberi ruang dan peluang selain menjadi batu loncatan kepada pencinta dunia lakonan untuk mengasah dalam seni lakon.
Awalnya, aktor yang dijulang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang ini merancang untuk menerbitkan filem romantik komedi, Kekasih. Bagaimanapun, selepas membuat penelitian bersama pengarah, Bade Azmi terhadap pasaran serta sambutan penonton yang semakin suram, lahir idea untuk menerbitkan program realiti itu. "Program ini untuk industri. Selama ini, peminat sering merungut setiap kali menekan punat televisyen atau ke pawagam, mereka akan menonton wajah yang sama. Malangnya kita tidak mempunyai ramai pelakon yang mempunyai keserasian seperti yang dimiliki gandingan Erra Fazira dan Awie. Begitu juga gandingan saya dan Rita Rudaini yang jelas disenangi penonton.


"Seseorang pelakon perlu ada bakat untuk digilap menjadi hebat. Menerusi program Pilih Kasih, kami menyediakan peluang kepada mereka yang berbakat tetapi tidak mempunyai ruang mengetengahkannya supaya tampil dan mencuba kemampuan," katanya. Menerusi program realiti yang ditangani nama berpengalaman seperti Rohani Yousoff dan Erma Fatima sebagai tenaga pengajar, kesemua bakat terpilih akan dilatih untuk menjadi anak seni yang serba boleh dan memenuhi kriteria untuk diketengahkan ke layar perak. Program realiti Pilih Kasih, kata Rosyam, turut mendedahkan kepada orang luar profesion sebagai pelakon adalah satu bidang pekerjaan yang baik dan memberi impak sekiranya dilakukan di atas landasan betul dan ikhlas. "Program ini dibarisi tenaga penerbitan berpengalaman luas dalam segala aspek merangkumi filem, drama, dokumentari dan video untuk memenuhi spesifikasi dan piawaian rancangan realiti berkualiti," katanya.
Pengisian program Pilih Kasih memperlihatkan peserta didedahkan mengenai realiti sebenar menjadi anak seni dengan menyempurnakan tugasan di bawah pengawasan pengarah berpengalaman seperti Along Kamaruddin dan Amy Maziah. Peserta juga didedahkan dengan kelas lakonan drama muzikal yang dipimpin Erma Fatima sebagai tugasan kedua mingguan dan akan diadili setiap minggu ketika Malam Perdana. "Kami turut mencari individu yang berkebolehan menyanyi dan menari selain mempertaruhkan bakat lakonan sebagai asas utama program ini," katanya. Pelakon dan pengacara berusia 42 tahun ini berkata, Pilih Kasih menyediakan kemudahan pusat seni lakon bagi melahirkan bakat terlatih dan berwibawa. Meskipun tempoh latihannya singkat, Rosyam yakin program itu akan menjadi perintis ke arah mengangkat martabat seni lakon di negara ini. "Saya mengalu-alukan mereka yang berminat, selain ahli kelab teater, seni lakon dan badan kesenian seluruh negara supaya bangun menyahut cabaran ini. "Pelakon tambahan juga disyorkan menghadiri uji bakat untuk mengembangkan kemampuan yang selama ini terhad disebabkan kekangan watak," katanya. Cara penyingkiran berbeza BIARPUN mengikut asas program realiti lain yang menyandarkan nasib peserta kepada undian penonton, cara penyingkiran peserta yang kurang bernasib baik dalam Pilih Kasih mengetengahkan corak yang berbeza. Keputusan mutlak penyingkiran berada di tangan penerbitnya iaitu Rosyam sendiri kerana ia bertujuan mendidik penonton supaya tidak mensia-siakan bakat yang berpotensi untuk menyinar di persada lakonan. "Kami tetap menghormati undian penonton, cuma dua peserta yang mendapat peratusan undian terendah akan berdepan dengan saya untuk dipertimbangkan sebelum penyingkiran seorang peserta yang lemah dibuat. "Bagaimanapun, elemen kejutan sebagai gimik program tetap diterapkan kerana ia menjadi antara perencah yang memberi tarikan kepada Pilih Kasih," katanya. Suatu janji Rosyam, nasib finalis Pilih Kasih tidak akan terabai selepas tamat pengajian kelak kerana dia merangka pelbagai peluang untuk mereka. Mereka bakal menjadi wajah baru untuk mengisi pelbagai slot penerbitan drama dan filem yang semakin berkembang. "RTM sendiri bakal melancarkan 13 lagi saluran, sekali gus memperlihatkan keperluan penerbitan lebih banyak drama serta program televisyen. Industri tidak selamanya harus bersandar kepada wajah sedia ada, jadi kehadiran bakat baru ini mengisi ruang itu. Saya percaya peluang untuk mereka bertapak adalah cerah berdasarkan kepada potensi besar dalam industri lakonan," katanya. Mengekalkan format seperti program realiti lain, Pilih Kasih akan memaparkan aktiviti harian pelajar menerusi Jurnal Harian yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat selama setengah jam. Tayangan Perdana pula memaparkan pertarungan peserta untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam pertandingan itu setiap hujung minggu. Menerusi slot selama 90 minit itu, penonton disajikan dengan tiga segmen iaitu Filem Pendek yang memaparkan hasil lakonan setiap peserta menerusi tayangan drama bersiri selama 10 minit Peserta juga diberi skrip untuk menjayakan segmen teater dan mempersembahkannya secara langsung, selain menunjukkan bakat menerusi lakonan monolog sekali gus menilai tahap kemahiran lakonan mereka. Persembahan peserta akan menerima kritikan daripada Rosyam dan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah. Program Pilih Kasih yang memulakan siarannya pada 25 Mei ini menyatukan Raja Azura dan Reza Mohamed sebagai pengacara, manakala Jurnal Harian pula dikendalikan bakat baru, Pasha Abdul Rahim. INFO: Uji bakat DIADAKAN di lima zon berbeza selama lima minggu dan terbuka kepada bakat berusia 18 hingga 35 tahun. Sesi uji bakat bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
AEON Bukit Indah, Johor Bahru - 11 April
Kompleks Terminal One, Seremban - 12 April
KB Mall, Kota Bharu - 18 April
Berjaya Megamall, Kuantan - 19 April
One Borneo, Kota Kinabalu - 26 dan 26 April
Queensbay Mall, Pulau Pinang - 2 Mei
Plaza Alam Sentral, Shah Alam - 3 Mei The Spring, Kuching - 9 dan 10 Mei


Rosyam Nor 'Pilih Kasih'by gua.com.my 6 Apr 2009

Selepas terkenal sebagai pelakon, pengacara dan penerbit filem, Rosyam Nor kini melangkah setapak lagi apabila menghasilkan sebuah program realiti terbaru khusus untuk mencari wajah-wajah baru di dalam bidang lakonan berjudul ‘Pilih Kasih’.Rosyam ketika ditemui di majlis pelancaran program tersebut baru-baru ini memberitahu, idea untuk menghasilkan ‘Pilih Kasih’ muncul apabila dia mahu menghasilkan filem baru berjudul ‘Kekasih’.Di dalam filem tersebut dia mahukan pelakon baru yang benar-benar berbakat supaya ianya lebih segar dan tidak mahu penonton bosan jika terus disogokkan dengan pelakon sedia ada. Namun tidak ramai pelakon yang diinginkannya wujud dalam industri.Apatah lagi, kebanyakan program realiti yang diadakan lebih menjurus kepada mencari bakat-bakat hebat dalam bidang nyanyian. Jadi katanya sudah sampai ketikanya untuk dia melakukan sesuatu agar industri perfileman negara tidak tandus dengan pelakon pelapis yang berkualiti."Pada awalnya saya merancang untuk menerbitkan filem baru, ‘Kekasih’. Namun setelah membuat penelitian terhadap pasaran dan sambutan penonton kepada filem tempatan yang agak suram, menyebabkan saya dan pengarah, Bade Hj Azmi, berkerja keras untuk menghasilkan program realiti ini."Pemenang ‘Pilih Kasih’ akan diberi peluang untuk berlakon sebagai pelakon utama dalam filem tersebut. Dari perspektif yang lain pula, program ini pastinya akan memberi publisiti yang cukup baik untuk filem ‘Kekasih’ apabila diterbitkan kelak," katanya.Tambahnya ‘Pilih Kasih’ yang mula bersiaran di TV2 mulai 11 April selama empat bulan, akan melatih bakat-bakat yang terpilih hingga menjadi seorang pelakon yang versatil serta mampu memenuhi kriteria yang diingini dalam filem ‘Kekasih’.Berdasarkan sinopsis ‘Kekasih’, filem ini mencari lima pelakon untuk melakonkan lima watak utama. Pastinya lima peserta terbaik yang bakal kekal di dalam ‘Pilih Kasih’ merupakan satu risiko yang perlu Rosyam tanggung untuk menerbitkan ‘Kekasih’ kerana mengetengahkan pelakon baru sebagai tunjang utama."Di dalam program ini saya mahu berkongsi cerita dan pengalaman menjadi pelakon dengan penonton. Saya juga mahu memberi pendedahan kepada orang di luar sana bahawa kerjaya sebagai pelakon merupakan satu jalur pekerjaan yang baik dan memberikan impak kepada seseorang sekiranya dilakukan dengan betul dan ikhlas," katanya.Ditanya tentang kekuatan program tersebut jika dibandingkan dengan pelbagai program reality yang banyak terdapat di pasaran kini, Rosyam menegaskan kekuatan ‘Pilih Kasih’ terletak kepada barisan penerbitannya yang berpengalaman luas dalam industri pembikinan filem, drama, dokumentari dan video. Katanya elemen tersebut sangat penting untuk menerbitkan sebuah program yang berkualiti."Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan rutin sebenar anak seni. Ini kerana melalui program ini mereka akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri yang mana ianya merupakan tugasan mingguan yang perlu mereka lakukan."Mereka akan dibimbing oleh pengarah berpengalaman seperti Along Kamaruddin dan Amy Maziah. Peserta turut didedahkan dengan kelas lakonan teater muzikal yang akan dipimpin oleh Erma Fatima. Kesemua tugasan yang dilakukan oleh peserta ini akan diadili setiap minggu pada Malam Perdana," ujarnya panjang lebar.Beberapa pelakon ternama dan berpengalaman juga akan dijemput sebagai tenaga pengajar dalam membentuk peserta menjadi pelakon pelapis yang berkaliber serta dinamik.‘Pilih Kasih’ tetap mengekalkan format program realiti yang lain di mana paparan perjalanan aktivtiti harian pelajar akan ditayangkan menerusi jurnal harian yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang 12 minggu program tersebut ditayangkan.Manakala tayangan perdana akan memaparkan pertarungan di antara peserta dalam mengekalkan kedudukan mereka. Penonton akan menyaksikan hasil lakonan setiap peserta melalui tayangan drama bersiri 10 minit, lakonan monolog dan teater muzikal yang akan dipersembahkan secara langsung di hadapan penonton selama 15 minit. Pengkritik tetap yang akan membuat penilaian peserta adalah Dr. Abu Hassan yang juga merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya dan Rosyam sendiri. Setiap minggu seorang pengkritik jemputan akan dijemput."Saya mengalu-alukan semua orang yang berminat untuk hadir ke sesi uji bakat yang akan dijalankan. Malah para pekakon tambahan juga diundang kerana sebelum ini mereka tidak berpeluang untuk menunjukkan bakat sebenar mereka," katanya.Rancangan ini terbuka kepada mereka yang meminati bidang lakonan dan berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun. Siri ujibakat pula akan diadakan di Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Monday, April 6, 2009

the promise....photoshoot,pc,practice and so on...






































Greetings to all...

Apologies on the delay of updates as things did play lil tricks on me.

As a token of apology, am giving all pics taken during the promise period. There were photoshoot session with URTV, Press Conference for Pilih Kasih @ RTM TV 2...ya..that's rite, Reza was chosen as the main host together with Kak Engku a.k.a Raja Azura. The PC was held at Palace of The Golden Horses on April 1st 2009. About Pilih Kasih, do wait up for the press release in local papers this week days to be announced. Later evening continued to Akarkarya for Gempak Selebriti ASTRO rehearsal and Chat@15 session.Enjoy the pics and will keep all posted.

Till then, cherio...