Greetings to all,
Attached is the article taken from Utusan - Pancaindera dated 190409 and will update more with more pics and stories soon.
Till then, cherio...
ARKIB : 19/04/2009
Cabaran tiga Pengacara Pilih Kasih
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAATFoto HALIM KHALID
Reza (dari kiri), Raja Azura dan Pasha.
SATU lagi fenomena yang melanda industri kreatif negara apabila sebuah program berkonsepkan realiti, Pilih Kasih diterbitkan tidak lama lagi. Program yang akan ditayangkan di RTM 2 itu menekankan aspek seni lakonan sebagai aset persembahan apabila 20 peserta berbakat diserap untuk mengikuti pengajian di akademi tersebut.
Program yang pertama kali diterbitkan di Malaysia ini akan menggabungkan tiga pengacara muka lama dan baru iaitu Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin (Raja Azura) dan Syaiful Reza Mohamed Reza (Reza) untuk siaran perdana manakala Pasha Abdul Rahim (Pasha) bagi jurnal harian.
Pengacara Raja Azura, 37, menyifatkan tanggungjawab yang dipikulnya kali ini amat berat berbanding program yang pernah dikendalikannya sebelum ini. Ini kerana program ini berkait rapat dengan bakat seseorang yang mengetengahkan seni lakonan peserta dan perlu penyelidikan yang lebih.
Apatah lagi untuk mengacara program secara langsung, Raja Azura yang mesra dengan gelaran Kak Engku juga perlu cekap, bijak dan peka dengan suasana yang berlaku semasa program yang berlangsung setiap hujung minggu itu.
“Debaran untuk mengendalikan program ini juga berbeza. Secara peribadi saya merasakan ia adalah cabaran baru dalam kerjaya apabila sudah berkecimpung lebih 20 tahun dalam bidang pengacaraan. Ia tidak seperti mengacara program berunsurkan muzik kerana mengenai hasil lakonan pesertanya,” katanya dalam pertemuan di Chilis, Pusat Membeli Belah Bangsar.
Raja Azura menambah, sebagai pengantara, beliau sendiri juga perlu memberi penilaian menerusi lakonan drama bersiri, monolog dan teater muzikal peserta sepanjang program itu berlangsung dan perlu memastikan terdapat pertalian agar rancangan itu tidak nampak janggal.
Bercerita tentang dunia pengacaraan, apa menjadi kebimbangan semua pengantara adalah dirinya dipersalahkan sekiranya program itu tidak mendapat sambutan atau mendapat kritikan daripada orang ramai walaupun kesilapan bukan berpunca daripadanya.
Sikap berkenaan yang menyebabkan karier seseorang pengacara itu ‘mati’ apabila kesalahan yang kecil itu menjadi ingatan dan diperkatakan sedangkan mereka mempunyai bakat besar untuk disumbangkan dalam industri seni tanah air.
Mengenai gabungan pengacara lama dan baru, Reza yang juga penyampai Radio Era FM ini amat berbesar hati apabila diberitahu menjadi pasangan mengacara bersama Raja Azura dalam program berkenaan. Perasaan gugup dan gelisah terbit pada mulanya tetapi memandangkan pengalaman gandingan itu amat berharga, maka ia dilupakan.
“Sebelum ini, kami hanya bertegur sapa kerana bekerja di tempat yang sama kerana masing-masing sibuk mengejar masa. Tetapi tidak sangka, program Pilih Kasih ini menyatukan kami dan yang pastinya, saya yang paling beruntung kerana dapat menuntut ilmu tentang dunia pengacaraan dengan Kak Engku,” kata anak muda berusia 31 tahun ini.
Beliau percaya sikap terbuka Kak Engku dan kesediaannya untuk berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar sekiranya diperlukan dapat menjayakan program tersebut.
Pelakon filem Maut ini juga mempunyai pengalaman dalam lakonan teater dan bersedia menerima cabaran menjadi pengacara program secara langsung kerana ia merupakan satu pengalaman berharga buat dirinya.
“Saya tidak memikirkan sangat tentang bayaran kerana apa yang penting nilai bagi pengalaman yang akan dimiliki sekiranya kita mendapat pendedahan mengendalikan satu program secara langsung. Ia juga sekali gus dapat menaikkan darjat seseorang artis menjadi lebih serba boleh di mata masyarakat,” jelasnya.
Bagi pendatang baru dalam bidang pengacaraan, Pasha, 22, pula tidak pernah merasa rendah diri bekerja dengan pengacara yang lebih senior daripadanya. Baginya, apa yang perlu dilakukan adalah kerja keras dalam memastikan mutu pengacaraannya setanding dengan mereka berdua.
Graduan Diploma Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, dia juga akan menjadikan program Pilih Kasih berbeza dengan rancangan realiti yang ada di negara serta mempunyai pengikut tersendiri.
“Pengacaraan bukan satu perkara yang boleh diambil mudah kerana individu terlibat perlu mempunyai pengetahuan am yang luas dan butiran fakta yang jelas, tepat dan padat. Mereka juga perlu melakukan penambahbaikan agar persembahan tidak bosan dan kesalahan yang sama tidak berulang,” kata anak kelahiran Klang ini.
Program Pilih Kasih diilhamkan sebagai sebuah platform untuk melatih bakat-bakat baru menceburi bidang seni lakon. Ia diterbitkan ekoran kesedaran untuk memberi peluang, ruang dan batu loncatan kepada rakyat Malaysia untuk mengasah bakat mereka dalam seni lakonan.
Lima peserta akhir program itu berpeluang menjadi melakonkan watak utama dalam filem Kekasih diarahkan Bade Azmi.

No comments:
Post a Comment