Wednesday, April 8, 2009

kosmo write up bout Reza Mohamed 30th March 2009





STAILO
Menuai hasil program realiti
Oleh IZYAN LIYANA MOHD.DARIF


izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my


Reza berpendapat masyarakat Malaysia lebih cenderung menonton program realiti yang berbentuk hiburan.
REZA antara anak seni yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia.

KECUNDANG pada konsert kelima Akademi Fantasia 3 (AF3) selepas mendendangkan lagu, Ala Emak Kahwinkan Aku, jejaka setinggi 170 sentimeter ini langsung tidak mempamerkan kekecewaan.
Sebaliknya, dia tersenyum lega kerana berjaya mempamerkan persembahan yang bertenaga dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.
Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Memiliki perwatakan bersahaja, bijak berkata-kata dan yakin diri ketika beraksi di pentas membuatkan Reza atau nama sebenarnya Syaiful Reza Mohamed, tidak putus-putus menerima tawaran.
"Saya bersyukur kerana AF3 telah membantu saya mengorak langkah dalam pelbagai bidang seni. Saya juga terharu apabila pihak radio Era mempercayai kebolehan dan bakat yang saya miliki. Kini, hampir dua tahun saya berkhidmat di radio No.1 negara," tutur Reza ketika ditemui Stailo di Studio Utusan, Kuala Lumpur.

Seperti yang diketahui umum, jejaka yang gemar berfesyen itu bukan sahaja bergelar penyampai radio, malah dia turut berkecimpung dalam bidang lakonan, alih suara dan sebagai pengacara rancangan Kelab Pop.
Terbaru, kemunculan Akademi Fantasia musim ketujuh yang kini sedang ditayangkan di stesen televisyen satelit, Astro, sekali lagi kita menyaksikan kemunculan wajah anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu di saluran tersebut.
Menerusi rancangan itu, Reza mengendalikan rancangan mingguan Diari EXT AF7 yang memaparkan pelbagai kisah dan isu-isu menarik berhubung dengan program AF musim tersebut.
"Tidak penat ke dengan lambakan tugas?" soal penulis kepadanya.
Jawabnya: "Memang penat. Ini kerana bukan mudah menguruskan pelbagai tugasan yang kadangkala perlu dilakukan pada hari yang sama. Mujur jadual harian saya diuruskan secara sistematik dan sempurna oleh pembantu peribadi.
"Ini penting supaya saya tidak menyusahkan pihak lain. Walau penat sekalipun, saya tetap melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. Waktu muda inilah, saya harus mencari rezeki untuk jaminan masa depan," jelas Reza yang bercita-cita menjadi usahawan yang berjaya.
Sebelum menamatkan bicara, graduan lulusan komunikasi massa itu sempat mengingatkan peminat setia AF supaya tidak ketinggalan menonton AF7 pada setiap minggu.

2 comments:

  1. i mnt btl lew kt reza ni....cute n macho...bler lh nk dpt jmp dy face 2 face...tiringin sangat...avery day i tngok kelab pop...x jemu pun tgok face dy 2....

    ReplyDelete