Tuesday, June 29, 2010

30,000 Meriahkan Gempak Astro Rockabola

Ditulis oleh Nonie Isnin, 28 Jun 2010 21:33





Biarpun hujan dan padang basah dengan lumpur, ia tidak menghalang puluhan ribu penduduk Batu Pahat memeriahkan Konsert Gempak Astro Rockabola yang berlangsung di Dataran Penggaram.

Amy Search dan barisan bintang Akademi Fantasia(AF) berjaya memukau penonton dengan paduan suara dalam muzikal Rockabola yang berlangsung selama dua jam.


“Syukur mereka beri respon yang sangat baik bila melihat gabungan bakat baru dan lama bersama dalam sebuah konsert. Ini adalah satu peluang keemasan kerana Amy Search begitu merendah diri memberikan tunjuk ajar kepada bakat baru kami.

“Pastinya kami semua tergamam melihat kesungguhan yang ditunjukkan mereka dan begitu terkejut apabila pelajar AF yang tersingkir awal sewaktu pertandingan dulu dapat memberikan persembahan yang begitu hebat sekali,” ujar Ketua Pemasaran Segmen Melayu Astro, Puan Molina Musa.

Meskipun bermula lewat daripada perancangan asal, namun penonton tidak berganjak dan pastinya Amy Search antara tarikan utama dalam muzikal bertemakan bola ini.

“Kami telah lakukan survey dan hampir 80 peratus inginkan Amy dalam konsert ini. Dan pastinya beliau antara sebab kejayaan persembahan secara keseluruhannya. Walaupun hanya Amy artis besar yang ada, namun faktor wow yang ada padanya berjaya buatkan mereka bertahan sehingga ke jam 12.00 malam,” tambah Molina lagi.

Muzikal Rockabola ini dibintangi oleh Reza Mohamed, Nadia, Zainal Alam Kadir, Zahid, Stacy, Farhan, Hazama, dan ramai lagi bintang AF yang lain. Memang menarik konsert ini apabila bertemakan bola yang seiring dengan demam piala dunia ini.

Lucu melihat Hazama dan Zahid melakonkan watak lelaki lembut dan pastinya mereka antara bintang AF yang mendapat sambutan cukup meriah dari penonton

1 comment: