Artikel dan foto oleh Penulis ERA: Syakireen Othman
Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Mizz Nina, Hafiz AF7, Anum dan Ema dari AF8 dan juga dihiburkan oleh persembahan dari Azlan & The Typewriter, gadis yang sentiasa berbaju kurung iaitu Ana Raffali dan juga Ezad Lazim. Selain itu majlis ini turut dihadiri oleh rakan-rakan sekerja ERA fm seperti Pak Nil, Ray, Haniff, Adi dan juga Reza yang turut memeriahkan suasana.
Program ini yang mengetengahkan Juliana Evans sebagai pengacara akan bersiaran buat kali terakhir pada 2 September jam 11.05 malam di Astro Ria saluran 104. Setelah hampir dua tahun bersiaran, program ini akan dihentikan sirannya bagi memberikan laluan kepada lebih banyak program hiburan lain yang akan memberikan suasana baru kepada para penonton. Mengimbas kembali mengenai program ini ketika musim pertama ianya dihoskan oleh rakan-rakan dari ERA fm dan pada musim kedua Juliana Evans di beri peluang bagi memberikan nafas baru kepada program ini serta lebih banyak lagi isu dan cerita dunia hiburan dipaparkan dengan lebih mendalam lagi.
Selain majlis berbuka puasa dan beramah mesra bersama anak-anak yatim dan remaja kurang upaya, buat pertama kalinya penonton setia rogram ini dapat menyaksikan penyampai-penyampai ERA fm mendendangkan kepada umum single hari raya terbaru dari mereka yang berjudul ‘Aidilfitri Yang Mulia’ yang dirakamkan baru-baru ini bersama Adira dan Daus AF8. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU ini boleh didapatkan secara muat turun melalui telefon bimbit dengan menaip RAYA dan menghantarnya ke 32555.
Bagi memanfaatkan kesempatan pada acara ini, Presiden Kumpulan Syarikat KRU iaitu Norman Abdul Halim turut menyerahkan sumbangan daripada anggaran jualan album Sawancara di Riuh Pagi ERA-Din Beramboi Dalam Kenangan kepada balu Allahyarham Din Beramboi iaitu Puan Suhaini Che’ Man. Album ini telah dilancarkan pada 8 Jun 2010 yang lalu dan masih boleh didapatkan di pasaran.