Monday, August 30, 2010

ERA TV Berakhir...

Dihantar Oleh CERITERA
Artikel dan foto oleh Penulis ERA: Syakireen Othman



Akhirnya segala persoalan telah terjawab mengenai program hiburan yang memaparkan cerita mengenai hal ehwal dunia hiburan masa kini, carta era dan informasi mengenai filem-filem terbaru di pawagam iaitu ERA TV akan berakhir tidak lama lagi. Baru-baru ini Era TV yang juga merupakan salah satu medium bagi ERA fm untuk lebih dekat lagi dengan para pendengar dan penonton telah mengadakan rakaman terakhir majlis berbuka puasa di Hotel Renaissance Kuala Lumpur bersama anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Nuri, Setapak dan juga remaja kurang upaya (OKU) dari Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Seksyen 5, Wangsa Maju dengan bertemakan ‘Ramadhan ERA TV 1 Malaysia’.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Mizz Nina, Hafiz AF7, Anum dan Ema dari AF8 dan juga dihiburkan oleh persembahan dari Azlan & The Typewriter, gadis yang sentiasa berbaju kurung iaitu Ana Raffali dan juga Ezad Lazim. Selain itu majlis ini turut dihadiri oleh rakan-rakan sekerja ERA fm seperti Pak Nil, Ray, Haniff, Adi dan juga Reza yang turut memeriahkan suasana.


Program ini yang mengetengahkan Juliana Evans sebagai pengacara akan bersiaran buat kali terakhir pada 2 September jam 11.05 malam di Astro Ria saluran 104. Setelah hampir dua tahun bersiaran, program ini akan dihentikan sirannya bagi memberikan laluan kepada lebih banyak program hiburan lain yang akan memberikan suasana baru kepada para penonton. Mengimbas kembali mengenai program ini ketika musim pertama ianya dihoskan oleh rakan-rakan dari ERA fm dan pada musim kedua Juliana Evans di beri peluang bagi memberikan nafas baru kepada program ini serta lebih banyak lagi isu dan cerita dunia hiburan dipaparkan dengan lebih mendalam lagi.

Selain majlis berbuka puasa dan beramah mesra bersama anak-anak yatim dan remaja kurang upaya, buat pertama kalinya penonton setia rogram ini dapat menyaksikan penyampai-penyampai ERA fm mendendangkan kepada umum single hari raya terbaru dari mereka yang berjudul ‘Aidilfitri Yang Mulia’ yang dirakamkan baru-baru ini bersama Adira dan Daus AF8. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU ini boleh didapatkan secara muat turun melalui telefon bimbit dengan menaip RAYA dan menghantarnya ke 32555.



Bagi memanfaatkan kesempatan pada acara ini, Presiden Kumpulan Syarikat KRU iaitu Norman Abdul Halim turut menyerahkan sumbangan daripada anggaran jualan album Sawancara di Riuh Pagi ERA-Din Beramboi Dalam Kenangan kepada balu Allahyarham Din Beramboi iaitu Puan Suhaini Che’ Man. Album ini telah dilancarkan pada 8 Jun 2010 yang lalu dan masih boleh didapatkan di pasaran.

Bagi penonton setia program ini, jangan lupa menyaksikan program ini buat kali terakhir pada 2 September ini jam 11.05 malam ya. Pastinya ini merupakan kenangan yang terindah sekali kepada ERA FM dan ERA TV setelah hamper dua thaun bersiaran dan menghiburkan penonton setia di Astro Ria. Semoga lebih banyak lagi program sebegini muncul pada masa kan datang bagi membantu industri hiburan tanahair dan artis-artis tempatan masa kini.

No comments:

Post a Comment